Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Tangkap Segera Penghasut Dan Penderhaka Seperti Hadi Awang, Mulakan Dengan Laporan Polis Besar-Besaran

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 29 Nov – Belum sampai seminggu Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, pelbagai hasutan dan cubaan menggugat kestabilan kerajaan sudah bertebaran di media sosial.

Termasuk berbuat demikian ialah Presiden Pas, Hadi Awang sendiri yang mempertikaikan keabsahan kerajaan dengan membuat kiasan dengan permainan bolasepak.

Menulis di laman media sosialnya, beliau yang sudah tentu kehilangan jawatan duta makan gaji buta ke Timur Tengah berkata, walaupun keputusan sudah ada kemenangan untuk satu pihak, ada mata dan gol, tiba-tiba pengadil menambah masa kecederaan untuk memberi peluang kepada mereka yang jelas kalah supaya boleh menang dengan apa cara sekalipun.

Kenyataan Hadi itu dibuat empat hari selepas Yang di-Pertuan Agong melantik Pengerusi PH, Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Meskipun tulisan beliau itu berbentuk kiasan, tetapi adalah jelas dan tidak sukar difahami ia berkaitan perlantikan Perdana Menteri dan merupakan suatu tindakan biadap dan penghinaan kepada Agong.

Hakikatnya, tiada pemenang telah diumumkan dan tiada tambahan masa kecederaan diberikan dalam soal perlantikan Perdana Menteri sebelum pengumuman jawatan itu diserahkan kepada Anwar.

Rezeki jawatan itu tidak jatuh kepada Mahiaddin Md Yasin yang merupakan sekutu Hadi adalah kerana Pengerusi PN itu dengan sombong menolak titah Agong agar dibentuk sebuah kerajaan perpaduan.

Jika Mahiaddin setuju dengan titah cadangan Agong berkaitan kerajaan perpaduan, tidak mustahil peluangnya masih terbuka untuk beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Ia boleh berlaku sama ada disebabkan sokongan yang lebih diperolehinya daripada Ahli-Ahli Parlimen BN, GPS dan GRS berbanding Anwar atau melalui kaedah penggiliran jawatan Perdana Menteri dengan Pengerusi PH itu.

Tetapi, berikutan Mahiaddin begitu sombong dan bongkak menolak titah cadangan Agong itu, maka itulah akhirnya menyebabkan UMNO dan GPS, diikuti GRS memberi sokongan kepada Anwar untuk mengetuai kerajaan perpaduan.

Jadi, di mana asasnya Hadi boleh menulis bahawa pemenangnya sudah ada, ada gol dan mata tetapi kemenangan itu dinafikan kerana Agong menambah masa kecederaan?

Dengan sahih dan tanpa keraguan, tulisan Hadi itu adalah berunsur hasutan, suatu fitnah jahat, menyemarakkan kebencian, menghina dan derhaka kepada Agong.

Beliau harus disiasat dan dihukum atas tindakannya yang biadap itu dan untuk memudahkan proses ke arah itu, mesti ada pihak yang tampil membuat laporan polis terlebih dahulu.

Begitu juga dengan banyak hantaran lain di media sosial yang cuba mengggambarkan seolah-olah dengan adanya DAP dalam kerajaan sekarang ini, maka gerakan menyebarkan agama Kristian akan berkembang dengan seluas-luasnya.

Ini juga adalah fitnah jahat yang jelas cuba menggugat ketenteraman awam kerana di Pulau Pinang, sudah puluhan tahun DAP menerajui kerajaan negeri itu, tiada sedikit pun berlaku sebarang gerakan yang cuba digambarkan itu.

Realitinya, semua gambaran jahat itu adalah hasil jiwa kacau kerana hilang jawatan, hilang gaji dan parti yang disokong gagal menjadi kerajaan.

Namun, berikutan apa yang dilakukan tersebut sudah sampai ke tahap melampau, menggugat ketenteraman awam serta menghina Agong selaku ketua negara, ia tidak harus dibiarkan begitu saja.

Sesuatu mesti dilakukan, kalau boleh mulakan dengan laporan polis secara besar-besaran agar tindakan yang segera dan sesuai dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Kerajaan perpaduan ini tidak harus membiarkan sebarang elemen kebencian, perkauman, sentimen agama menjadi bahan fitnah murahan yang boleh menggugat kestabilan dan akhirnya menyebabkan rakyat terus tidak dapat dibela.

– ShahbudinHusin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Feb – 1 Februari merupakan setiap tahun merupakan hari penubuhan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur pada 1974, Putrajaya pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Hakikatnya, cabaran kehidupan bagi kaum Dayak di negara ini sangat mencabar dan perit. Dari sebelum merdeka hinggalah selepas...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 31 Jan – Di antara semua yang dipecat dan digantung keahlian UMNO baru-baru ini, paling menjadi bualan serta perhatian ialah Khairy...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 30 Jan – Semua orang pada umumnya faham dan menerima Nurul Izzah sebagai pemimpin penting dalam PKR, malah dalam kebangkitan reformasi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER