Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

PTG Negeri Sembilan Ambil Langkah Proaktif Tangani Banjir Di Johol – Aminuddin

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat di kawasan Johol supaya tidak berulang pada masa depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, antara langkah yang sudah diambil termasuk melaksanakan kerja-kerja penyaluran Sungai Jelai.

Katanya, selain itu kerja-kerja berkaitan di Kampung Air Taling, Mukim Johol yang siap sepenuhnya pada 11 Ogos lalu membabitkan kos berjumlah RM72,730.

“Selain itu, terdapat kerja-kerja membina struktur penahan tebing Sungai Johol serta lain-lain kerja berkaitan di Kampung Pasit, Mukim Johol juga siap sepenuhnya pada 2 September lalu dengan kos berjumlah RM84,102.

 

“Kerja-kerja mengeluarkan, mengalih dan mengangkut bahan batuan dan penyelenggaraan serta pemuliharaan Sungai Jelai akan turut dilaksanakan tanpa membabitkan kos atau peruntukan kerajaan sebaliknya dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan.

“Kaedah ini adalah melalui lantikan terus atau rundingan terus oleh pegawai kewangan negeri kepada anak syarikat kerajaan negeri. Kelulusan ‘fast track‘ ini adalah tertakluk kepada kerja-kerja penyelenggaraan atau pemuliharaan sungai atau kolam untuk kes tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johol, Saiful Yazan Sulaiman (BN-Johol) pada Persidangan Keempat (Belanjawan), Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan ke-14 di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, kawasan yang dikenal pasti banjir kerap berlaku akibat limpahan air sungai adalah Rumah Rakyat Kuala Johol yang berhampiran dengan pertembungan di antara Sungai Johol dan Sungai Jelai.

“Pada masa ini pihak JPS tidak mengesyorkan pertembungan sungai ini dikorek kerana dasar sungai terbabit mempunyai Batu Hampar.

“Namun bagi perancangan mitigasi banjir, Pejabat daerah dan Tanah Kuala Pilah serta JPS sentiasa menjalankan siasatan dan membantu memohon peruntukkan bagi kerja pembaikan jambatan serta menyelenggara sungai di kawasan kampung.

“Permohonan pembinaan dan menaik taraf sistem perparitan yang efektif di Johol juga telah dibuat melalui peruntukan sedia ada,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSUBANG JAYA, 31 Jan – Pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh negara menyifatkan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan siap masak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Sebanyak 121 kemalangan maut direkodkan di seluruh negara sepanjang Op Selamat 19 sempena sambutan Tahun Baharu Cina...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 (SHWP 2023) akan memberikan fokus kepada program kesejahteraan dan kebajikan yang berterusan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER