Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PM Anwar Umum Tiada Lagi Projek Tanpa Tender, Elak Rasuah

Anwar (tengah) bersalaman dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejurus selesai majlis perhimpunan bulanan bagi bulan November 2022 di Perdana Putra, Putrajaya
Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 29 Nov – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyatakan komitmennya tidak mahu membenarkan kelulusan projek tanpa tender dalam pentadbirannya.

“Soal perolehan soal kelulusan tanpa tender ini semua tak boleh lagi dah. Tidak boleh lagi negara ini terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah.

“Ini harus berlaku di semua peringkat, maka untuk peringkat awal, saya menyeru semua untuk bersama dalam pasukan ini, mari kita bertekad untuk menyelamatkan negara kita mengangkat semula (imej negara),” katanya pada perjumpaan pertama bersama warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Anwar berkata, isu penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam kalangan penjawat awam adalah disebabkan pengurusan di peringkat atasan, sekali gus memberi kesan kepada imej negara.

“Negara ini memerlukan perubahan suatu tahap yang pernah kita capai dulu, malangnya merosot.

“Merosot itu… baik ekonominya, kestabilannya atau disiplinnya dan tentunya Tan Sri Peguam Negara (Idrus Harun) tahu tentang pelanggaran hukum termasuk isu penyelewengan dan rasuah yang kadang-kadang juga ada kaitannya dengan kelemahan pimpinan di peringkat penjawat awam.

“Negara ini rosak bukan kerana perkhidmatan awam, contohnya MAS, perkhidmatannya sangat baik, pengurusan baik, jentera baik tetapi yang lemahnya itu adalah pengurusan di atas dan akibatnya kerugian kepada ramai keluarga dan kesan kepada negara serta imej dan keyakinan negara,” katanya.

Beliau juga mengajak semua warga penjawat awam bersemangat membawa perubahan dalam sistem pentadbiran awam negara, walaupun berbeza fahaman politik.

“Saya nak mengajak saudara, bersama dalam minat dan semangat untuk membawa perubahan ke arah kebaikan. Tak mungkin saya berjaya sekiranya tonggak perkhidmatan awam ini tidak sepenuhnya bersama saya.

“Bukan semestinya di dalam jalur politik, tetapi jalur perkhidmatan yang harus bebas, profesional dan terikat dengan semangat ikrar kita untuk menjadikan manusia yang berguna kepada keluarga dan masyarakat,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Golongan peniaga menyahut cabaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewujudkan Menu Rahmah,...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 28 Jan – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan di Tehran pada Jumaat, hingga menyebabkan seorang maut manakala beberapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Malaysia merekod sebanyak 5,035,613 kes COVID-19 dengan kes sembuh 4,989,126 dan 36,938 kes kematian setakat semalam, sejak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Mekanisme subsidi bersasar mampu melindungi kedudukan fiskal negara untuk jangka masa sederhana dan panjang, kata Menteri Ekonomi,...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER