Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

‘Dengan Villa Pun United Boleh Kalah’

Kongsikan Artikel Ini

BIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Unai Emery memulakan tugas sebagai pengendali Villa dengan cemerlang apabila menamatkan deretan sembilan perlawanan tanpa kalah United.

Leon Bailey dan Lucas Digne membuka jaringan untuk tuan rumah dalam tempoh 11 minit pertama, tetapi United kembali merapatkan jurang selepas rembatan Luke Shaw terkena Jacob Ramsey dan menerjah gawang Villa sebelum rehat.

Ramsey bagaimanapun menebus kesilapannya dengan kembali meletakkan Villa dua gol di depan pada babak kedua hasil hantaran Ollie Watkins.

“Anda perlu membaca perlawanan dan mengikut perancangan. Bukannya dibolosi dua gol – ia tidak sepatutnya berlaku.

“Ia sukar diterima apabila dibolosi begitu pantas di babak kedua menerusi serangan balas. Pemain-pemain kami berpengalaman. Mereka perlu memenangi pertarungan.

“Ia kelihatan seperti mereka lebih cergas. Ia tidak boleh diterima. Pemain-pemain perlu bertanggungjawab dan bersedia,” kata Ten Hag.


United kekal ketinggalan tiga mata di belakang pasukan tangga keempat liga, Tottenham yang tewas kepada Liverpool, 1-2 awal pagi tadi.

Sementara itu, Emery berjaya menambat hati peminat Villa selepas merakam kemenangan liga pertama ke atas United di laman sendiri sejak tahun 1995.

“Penyokong amat hebat dan pemain-pemain mengikut perancangan. Ia baru langkah pertama dan masih banyak perlu dilakukan,” kata Emery.

Kemenangan itu melonjak Villa ke tangga ke-13 dan tiga mata di atas zon penyingkiran. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 25 Okt – Ajax perlu menewaskan Liverpool untuk kekal dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila kedua-dua pasukan itu bertembung di Johan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER