Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

‘Sujud Syukur’ Menanti Salah Malam Ini

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 22 Okt – Mohamed Salah hanya mampu meledak tiga gol dalam 10 aksi Liga Perdana Inggeris (PL) setakat ini musim ini.

Pemain sayap Liverpool dari Mesir itu bagaimanapun berpeluang untuk melakukan sujud syukur sekali lagi malam ini apabila The Reds berkunjung ke City Ground menentang kelab tangga tercorot, Nottingham Forest.

Rekod Salah dalam PL musim ini mungkin tidak begitu memberangsangkan sekalipun dia mencatat hatrik terpantas dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Rangers baru-baru ini, sekali gus menyaksikan Liverpool berjaya menang tiga perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Salah yang menjaringkan gol tunggal kemenangan mengatasi juara bertahan Manchester City 1-0 hujung minggu lalu, amat diperlukan oleh pengurus Jurgen Klopp untuk membantu bahagian serangan dengan Darwin Nunez, yang memastikan kemenangan 1-0 ke atas West Ham pada pertengahan minggu, dijangka berganding dengan Roberto Firmino.

Musim lalu Salah mengumpul 23 gol dalam 35 aksi PL serta 31 gol keseluruhan dalam 51 aksi bagi semua pertandingan. Jelas pemain berusia 30 tahun itu masih tercari-cari rentak untuk kembali ke tahap terbaiknya sekalipun pertemuan dengan City di Anfield membuktikan sebaliknya.

Selain aksi menentang City, Salah turut menyumbang satu gol ketika seri 2-2 dengan Fulham pada aksi pembukaan musim 2022-23 manakala satu gol lagi semasa Liverpool tewas 2-1 di tangan Manchester United di Old Trafford pada 23 Ogos lalu.

Klopp sudah awal-awal menyatakan kesukaran The Reds untuk mencabar kejuaraan EPL musim ini sekalipun mereka kini perlahan-lahan mendaki carta di tangga ketujuh, 11 mata di belakang pendahulu Arsenal.

Namun Forest bukanlah lawan mereka yang sebenar dan Liverpool sepatutnya boleh berpesta gol seperti yang dilakukan mereka sebelum ini membenam Bounemouth 9-0 di Anfield pada 27 Ogos lalu.

Liverpool mengalahkan Forest 1-0 pada suku akhir Piala FA Inggeris musim lalu menerusi gol tunggal Diogo Jota namun penyerang Portugal itu kini terpaksa diketepikan kerana kecederaan di samping Luis Diaz, Arthur, Naby Keita, Joel Matip dan Ibrahima Konate.

Perlawanan malam ini juga menandakan pertembungan pertama EPL antara kedua-dua kelab sejak April 1999, yang mana Michael Owen dan Jamie Redknapp menjaringkan gol ketika mencatat keputusan seri 2-2.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMADRID, 3 Feb – Gergasi Sepanyol, Real Madrid mengurangkan kelebihan Barcelona di persada La Liga kepada lima mata hasil kemenangan 2-0 mengatasi Valencia...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Jan – Chelsea dilaporkan tidak berputus asa untuk mendapatkan pemain tengah Benfica, Enzo Fernandez selepas mem­buka semula pintu rundingan perpindahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kontinjen Malaysia untuk melakar sejarah dengan membawa pulang pingat emas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS, 26 Jan – Zlatan Ibrahimovic menganggap cara Argentina meraikan kejayaan selepas memenangi Piala Dunia sebagai melampaui batas. Skuad kendalian Lionel Scaloni...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER