Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Al Seeb Juara Piala AFC 2022

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Hajat besar Kuala Lumpur (KL) City untuk mencipta sejarah muncul juara Piala AFC buat kali pertama tidak kesampaian apabila tewas 0-3 di tangan Al Seeb dalam aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Sebaliknya, keputusan itu membolehkan Al Seeb mencipta sejarah apabila muncul pasukan pertama dari Oman menjuarai piala berkenaan dan lebih manis ia penampilan pertama mereka pada final kejohanan itu.

Selaku juara, Al Seeb membawa pulang hadiah berjumlah AS$1.5 juta (kira-kira RM7.1 juta) manakala KL City meraih AS$750,000 (RM3.5 juta).

Biarpun tidak berjaya menyamai pencapaian Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memenangi Piala AFC pada 2015, pencapaian muncul naib juara sudah menjadi sejarah besar buat KL City.

Dalam aksi malam tadi, skuad City Boys terlebih dahulu mencemaskan kubu lawan pada minit ke-19, namun percubaan jarak dekat Zhafri Yahya berjaya diselamatkan penjaga gol, Ahmed Faraj Al Rawahi.

Barisan pemain Al Seeb dilihat mula menemui rentak permainan sebenar mereka menerusi penguasaan bola dan berjaya berada di depan hasil sepakan sudut Ali Al Busaidi yang terus menerjah jaring pada minit ke-22.

Pintu gol KL City bocor buat kali kedua pada minit ke-37 selepas hantaran Salaah Said Al Yahyaei disudahkan dengan tandukan Abdul Aziz Humaid Al Maqbali.

Kedudukan Al Seeb semakin selesa apabila Muhsen Al Ghassani bijak memperdaya pertahanan KL City sebelum melepaskan rembatan kaki kiri untuk meledak gol ketiga pasukannya pada minit ke-69.

KL City bagaimanapun tetap tidak patah semangat dan berusaha memecah kebuntuan jaringan, namun kegagalan menggunakan beberapa peluang selain kecemerlangan Ahmed Faraj di pintu gol menyaksikan keputusan 3-0 memihak Al Seeb kekal hingga wisel penamat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMADRID, 3 Feb – Gergasi Sepanyol, Real Madrid mengurangkan kelebihan Barcelona di persada La Liga kepada lima mata hasil kemenangan 2-0 mengatasi Valencia...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Jan – Chelsea dilaporkan tidak berputus asa untuk mendapatkan pemain tengah Benfica, Enzo Fernandez selepas mem­buka semula pintu rundingan perpindahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kontinjen Malaysia untuk melakar sejarah dengan membawa pulang pingat emas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS, 26 Jan – Zlatan Ibrahimovic menganggap cara Argentina meraikan kejayaan selepas memenangi Piala Dunia sebagai melampaui batas. Skuad kendalian Lionel Scaloni...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER