Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

PRU-15 – LHDN Peroleh Penghakiman Terus Saman Cukai RM1.05 Bilion Terhadap Jho Low

Kongsikan Artikel Ini

PULAU PINANG, 18 Okt – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk penghakiman terus bagi mendapatkan kembali RM1.05 bilion cukai tertunggak daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Pesuruhjaya Kehakiman, Kenneth Yoong Ken Chinson St James dalam penghakimannya, semalam, memutuskan tidak ada isu yang boleh dibicarakan atau ‘sebab lain’ untuk perbicaraan bagi menentukan tuntutan cukai sebanyak RM1,053,972,936.58 itu.

“Oleh itu, saya membenarkan permohonan LHDN untuk penghakiman sebanyak RM1,053,972,936.58 dengan faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman ini (17 Oktober) hingga tarikh realisasi penuh,” katanya yang turut memerintahkan Jho Low membayar kos RM15,000.

Penghakiman terus adalah permohonan yang difailkan oleh pihak yang memulakan tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan penghakiman tanpa perlu melalui proses perbicaraan.

Menurut penghakiman yang diperoleh media, St James memutuskan tuntutan cukai berkanun itu jelas serta mudah selepas defendan (Jho Low) tidak mengemukakan penyata cukai untuk tahun-tahun yang berkaitan, dan LHDN mengeluarkan taksiran kepada beliau tetapi tidak dijawabnya.

“Beliau tidak mencabar taksiran itu dan gagal membayar jumlah cukai yang ditaksir,” kata St James.


St James berkata, pembelaan Jho Low bahawa beliau tidak mempunyai akaun bank di Malaysia sepanjang tahun taksiran (2013 dan 2014) serta tiada menjalankan sebarang perniagaan di Malaysia dalam tempoh dua tahun itu, bukan alasan untuk beliau tidak diwajibkan membayar cukai.

“Pada fikiran saya, defendan tidak perlu mempunyai akaun bank di Malaysia untuk diwajibkan membayar cukai. Dalam erti kata lain, tidak mempunyai akaun bank di Malaysia bukanlah pembelaan terhadap tuntutan cukai.

“Begitu juga, Jho Low tidak perlu menjalankan perniagaan di Malaysia untuk diwajibkan membayar cukai. Sebaliknya, tidak menjalankan perniagaan di Malaysia bukanlah pembelaan terhadap tuntutan cukai ini,” katanya.

LHDN mendakwa Jho Low gagal mengemukakan penyata cukai bagi tahun taksiran 2013 dan 2014 mengikut tarikh akhir berkanun tahunan yang ditetapkan.

Penyata cukai perlu dikemukakan tidak lewat daripada 30 April dalam tahun selepas tahun taksiran.

Justeru, LHDN mengeluarkan Notis Taksiran kepada defendan membabitkan RM202,575,166.56 bagi 2013 dan RM755,582,048.52 untuk 2014.

Bagaimanapun, Jho Low tidak membayar cukai yang ditaksir dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan.

Akibatnya, kenaikan 10 peratus dikenakan ke atas jumlah cukai yang ditaksir, iaitu RM20,257,516.65 untuk 2013 dan RM75,558,204.85 bagi 2014.

Jumlah cukai yang perlu dibayar untuk 2013 dan 2014 ialah RM1,053,972,936.58.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Golongan peniaga menyahut cabaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewujudkan Menu Rahmah,...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 28 Jan – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan di Tehran pada Jumaat, hingga menyebabkan seorang maut manakala beberapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Malaysia merekod sebanyak 5,035,613 kes COVID-19 dengan kes sembuh 4,989,126 dan 36,938 kes kematian setakat semalam, sejak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Mekanisme subsidi bersasar mampu melindungi kedudukan fiskal negara untuk jangka masa sederhana dan panjang, kata Menteri Ekonomi,...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER