Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Ringgit Bakal Hampiri Paras Terendah RM4.72

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Ringgit meneruskan aliran menurun minggu lalu untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menghampiri paras terendah pada 4.725 yang dicatatkan pada 7 Januari tahun 1998 kerana sentimen dalam pasaran tempatan dipengaruhi oleh mata wang AS yang kukuh.

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7150/7185 berbanding dolar AS daripada 4.7025/7065 pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli, berkata ringgit kekal pada trajektori menurun dalam persekitaran inflasi di AS.

Kadar inflasi AS Khamis lalu meningkat kepada 8.2 peratus tahun ke tahun bersama-sama dengan asas bulan ke bulan sebanyak 0.4 peratus pada September, ia hampir mengesahkan kenaikan 75 mata asas Rizab Persekutuan AS (Fed) pada mesyuarat Fed yang akan berlangsung pada November 2022, katanya.
Berita terkini setiap pagiDapatkan Berita Pilihan
Berita Harian dalam e-mel anda

“Tiada tekanan terhadap ringgit apabila Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen, bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh 60 hari.


“Kami menjangkakan dolar AS/ringgit akan berada dalam jajaran antara RM4.71-4.73, melepasi paras tertinggi yang pernah dicatatkan pada minggu pertama bulan Januari 1998,” katanya.

Firdaos menjangkakan pelabur akan memantau data perumahan AS, indeks pengeluaran perindustrian, inflasi UK dan kadar pengangguran serta Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain kecuali yen Jepun.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3053/3080 daripada 3.3009/3042 pada Jumaat lepas, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.3199/3239 daripada 5.2870/2915 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.5981/6015 daripada 4.5741/5780.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 3.1712/1738 daripada 3.1836/1867 sebelumnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Golongan peniaga menyahut cabaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewujudkan Menu Rahmah,...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 28 Jan – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan di Tehran pada Jumaat, hingga menyebabkan seorang maut manakala beberapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Malaysia merekod sebanyak 5,035,613 kes COVID-19 dengan kes sembuh 4,989,126 dan 36,938 kes kematian setakat semalam, sejak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Mekanisme subsidi bersasar mampu melindungi kedudukan fiskal negara untuk jangka masa sederhana dan panjang, kata Menteri Ekonomi,...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER