Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

‘Jaga Telur Ayam Pun Tak Reti…’

Kongsikan Artikel Ini

KUALA TERENGGANU, 17 Okt – Makin kritikal.

Dilaporkan bekalan telur ayam di Terengganu semakin meruncing apabila 28,000 biji terpaksa diagihkan kepada 120 peruncit termasuk pasar raya dalam tempoh seminggu.

Beberapa pemborong mengakui bekalan telur dipotong pengeluar antara 5,000 hingga 7,000 biji seminggu.

Pemborong, Jason Tan, berkata beliau hanya menerima 13,000 biji telur seminggu walaupun pesanan dibuat daripada pengeluar antara 18,000 hingga 22,000 biji seminggu.

Katanya, bekalan yang ditempah dihantar setiap Sabtu, Selasa dan Rabu oleh pengeluar dari Melaka dan Selangor.

“Kita terpaksa memotong pengagihan bekalan telur kepada 90 pelanggan tetap termasuk beberapa pasar raya besar antara 800 hingga 1,000 telur seminggu.

“Penghantaran bekalan telur kepada peruncit termasuk pasar raya terpaksa dilakukan secara bergilir-gilir susulan kekurangan bekalan diterima daripada pengeluar,” katanya ketika ditemui di gudangnya di Kampung Gong Kiat, Bukit Payong, Marang, di sini, hari ini.


Sementara itu, tinjauan dilakukan di sebuah kedai pemborong di Cabang Tiga mendapati pelanggan beratur panjang untuk mendapatkan bekalan telur.

Pekerja di syarikat pemborong yang hanya mahu dikenali sebagai Firdaus berkata, setiap pelanggan dihadkan membeli sebanyak lima papan telur mengandungi 150 biji.

Beliau berkata, syarikatnya hanya memperoleh sebanyak 12,000 biji telur pada setiap Ahad dan Selasa, manakala 2,000 biji telur pada Khamis.

“Syarikat memperoleh bekalan daripada pengeluar telur dari Melaka,” katanya yang mengakui bekalan telur semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

Mengulas lanjut, Firdaus mengakui terpaksa memekakkan telinga disebabkan ada antara pembeli bertindak agresif kerana tidak berpuas hati jualan telur dihadkan hanya lima papan seorang bagi 150 biji.

Suri rumah, Zaimah Ali, 48, dari Kampung Tok Kaya, di sini, berkata dia terpaksa beratur kira-kira sejam untuk mendapatkan tiga papan telur.

“Saya terpaksa ke kedai pemborong untuk mendapatkan bekalan berikutan semua kedai runcit di kampung kehabisan bekalan sejak seminggu lalu,” katanya.

Apakah kerajaan gagal pimpinan Ismail Sabri Yaakob terus berdiam diri melihat satu demi satu bekalan makanan untuk rakyat tidak dapat diuruskan dengan baik?

Apakah dengan keadaan cuaca buruk sekarang makin menambah kesukaran buat rakyat mendapatkan makanan untuk meneruskan kehidupan?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Jan – Golongan peniaga menyahut cabaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewujudkan Menu Rahmah,...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 28 Jan – Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada pemeliharaan perpaduan antara kaum serta memupuk generasi akan datang tentang kepentingan menjaga...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 27 Jan – Bursa Malaysia kembali pulih daripada penyusutan selama dua hari apabila dibuka lebih tinggi hari ini dan menjejaki...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUANTAN, 26 Jan – Dua ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tuduhan membuat dua tuntutan palsu kepada Pertubuhan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER