Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

Komposer Terkenal Wan Zul Meninggal Dunia

Kongsikan Artikel Ini

KEMAMAN, 13 Okt – Komposer Wan Zul, 61, yang dilapor kritikal sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia di Hospital Kemaman, di sini jam 2.30 pagi tadi.

Pemergian pencipta lagu ‘berhantu’, Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim itu atau nama sebenarnya Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani, dikongsikan adik allahyarham, Che Wan Zuhaini, 58, menerusi Aplikasi WhatsApp.

“Saya menerima berita sedih itu daripada anak arwah jam 2.30 pagi tadi tetapi waktu yang tepat jam berapa arwah meninggal dunia saya tidak pasti.

“Saya sekarang berada di Kuantan dan akan pulang ke Kemaman pagi nanti,” katanya.

Jenazah Wan Zul akan dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Kijal, Kemaman, Terengganu.

Difahamkan, Allahyarham Wan Zul dimasukkan ke Hospital Kemaman sejak Ahad minggu lalu (2 Oktober) akibat kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Allahyarham Wan Zul meninggalkan seorang balu, Tengku Siti Famah dan dua anak iaitu Che Wan Norsyikin dan Che Wan Noradli.

Allahyarham juga individu yang bertanggungjawab menaikkan nama kumpulan Iklim di persada seni tanah air menerusi album pertama, Satu Kesan Abadi.

Selain Suci Dalam Debu, beberapa lagu dari kumpulan Iklim ciptaan arwah terus diminati hingga kini antaranya, Aduhai Seribu Kali Sayang, Kerana Takdir dan Biografi Cinta Luka.

Lagu popular lain yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ciptaannya adalah Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra), Antara Sutra Dan Bulan (Damasutra), Itulah Cintaku (Ilusi), Di Badai Asmara (Sera), Khazanah Dari Malaya (Ayati Tasrip) dan banyak lagi.

Sepanjang kariernya, Wan Zul juga pernah bertugas dengan syarikat rakaman Ambang Klasik, anak syarikat TV3.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER