Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

PRU-15 – Polis Cari Individu Pasang Kain Rentang Tak Puas Hati

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 11 Okt – Polis Johor sedang mengesan individu yang menggantung kain rentang memaparkan kata-kata meluahkan perasaan tidak puas hati dipercayai melibatkan sebuah parti politik, serta berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekitar daerah Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Hussin Zamora berkata pihaknya mengesan kain rentang seumpama itu digantung di enam tempat awam.

Katanya perbuatan itu merupakan satu kesalahan kerana mereka yang berhasrat menggantung kain rentang dan sebagainya di kawasan berkenaan, perlu membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran daripada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) terlebih dahulu.


Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Tindakan menurunkan kain rentang itu telah diambil oleh pihak MDKT, bagaimanapun individu yang menggantung kain rentang itu belum dapat dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 28 Jan – Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada pemeliharaan perpaduan antara kaum serta memupuk generasi akan datang tentang kepentingan menjaga...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUANTAN, 26 Jan – Dua ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tuduhan membuat dua tuntutan palsu kepada Pertubuhan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 26 Jan – Dato’ Seri Aminuddin Harun memohon agar para peniaga di daerah Port Dickson supaya tidak mengenakan harga barangan dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 26 Jan – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan KEADILAN, adalah di...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER