Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Kenyataan Loretto Berkait MoU Kerajaan-PH Mengelirukan, Lupa Sejarah PRN Sabah

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 10 Okt – Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Razeef Rakimin menempelak Setiausaha Agung WARISAN, Loretto Padua yang turut menyalahkan Pakatan Harapan sebagai punca pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan Loretto berkata Pakatan Harapan tidak layak untuk “membuat bising” serta membantah pembubaran Parlimen hari ini kerana Pakatan Harapan telah menyokong Ismail Sabri dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU).

Menurut Razeef kenyataan Loretto sangat mengelirukan dan jelas menunjukkan WARISAN masih tidak “move on” dan masih berusaha untuk “brainwash” rakyat Sabah dengan kenyataan yang tidak benar.

Menurutnya lagi rakyat hari ini celik dan tidak mudah diperbodohkan oleh propaganda WARISAN.

Jelas Razeef keputusan Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman sama sekali tidak mengikat pimpinan Pakatan Harapan untuk terus bersuara, membantah, membahas serta mengkritik sebarang tindakan salah dari pihak kerajaan termasuk Ismail Sabri di dewan Parlimen.

Jelasnya lagi banyak perkara telah terlaksana melalui memorandum persefahaman antaranya pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik pengundi, Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bermula dengan pengembalian status wilayah Sabah dan Sarawak.

Antara sebab lain perjanjian persefahaman antara Pakatan Harapan dan Kerajaan dimeterai adalah bagi mengelak pilihanraya dalam tempoh satu tahun serta mengelak pertukaran kerajaan tanpa pilihanraya agar kedua-dua pihak dapat fokus kepada fasa pemulihan serta pembangunan ekonomi pasca pandemik Covid-19.

“Adakah WARISAN lupa kerana tindakan “bodoh” membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah oleh Shafie Apdal yang merupakan Ketua Menteri Sabah sebelum Pilihanraya Negeri Sabah yang lalu bukan sahaja merencatkan usaha mengekang penularan wabak Covid-19, malah membuat situasi semakin teruk dengan kenaikan mendadak bukan sahaja kes jangkitan harian malah kes kematian.” Jelas Razeef.

“Kita telah menasihati agar tidak membubarkan DUN kerana tindakan kerakan Perikatan Nasional pada masa itu akan menyebabkan rakyat semakin membenci dan menolak Perikatan Nasional.”

“Namun kerana Shafie takut akan kehilangan jawatan Ketua Menteri, akhirnya ramai rakyat kehilangan nyawa berpunca dari Covid-19 melalui pelbagai kluster yang berpunca dari Pilihanraya Negeri Sabah.”

Beliau juga berkata segala tindakan dari Pakatan Harapan adalah mengutamakan kebajikan dan keselamatan rakyat. Maka tindakan Loretto menyalahkan Pakatan Harapan sangat tidak masuk akal dan hanya dilihat sebagai cubaan memburukkan Pakatan Harapan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER