Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Negeri Sembilan Sedia Dana RM500 Ribu Perkasa Adat Perpatih

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 3 Okt – Dalam usaha memartabatkan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, kerajaan negeri memperkenalkan Dana Memperkasa Adat Perpatih dengan peruntukan sebanyak RM500 ribu setahun.

Ia dikelola oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan terbuka kepada semua pihak berkaitan dan naungannya dengan tujuan bagi membolehkan adat dan sejarah Adat Perpatih dikaji serta dipelajari.

Kerajaan negeri amat menjunjung tinggi peradaban Adat Perpatih yang menjadi tiang seri kepada kedaulatan negeri tercinta ini.

Dana khas itu telah dibentangkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan sejak tahun 2020 kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun dalam hantaran di Facebook rasmi beliau pada Sabtu.

“Peruntukan ini dikelolakan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan terbuka kepada semua dan naungannya bagi membolehkan adat dan sejarah Adat Perpatih dikaji serta dipelajari.


“Pengamatan dan penghayatan yang mendalam terhadap Adat Perpatih ini pastinya boleh dijadikan pedoman hidup dalam semua aspek kehidupan.

Jelas Aminuddin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Negeri Sembilan dan Melaka itu, ia juga merupakan usaha kali pertama kerajaan negeri memberi peruntukan khusus bagi membangunkan Adat Perpatih agar ia dapat dikaji dan dipraktikkan terutama bagi generasi muda.

“Ini juga merupakan pertama kali Kerajaan Negeri Sembilan memberi peruntukan khusus bagi membangunkan Adat Perpatih.

Dengan inisiatif tersebut, beliau berharap semoga usaha memperkasakan Adat Perpatih dapat disuburkan dalam segenap lapisan masyarakat di negeri ini.

“Semoga usaha memperkasakan Adat Perpatih dapat disuburkan dalam segenap lapisan masyarakat terutamanya di kalangan generasi muda,” ujarnya lagi.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER