Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

130 Mangsa Tersilap Vaksin Covid-19

FILE PHOTO: Vials with Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sputnik V, and Moderna coronavirus disease (COVID-19) vaccine labels are seen in this illustration picture taken March 19, 2021. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo
Kongsikan Artikel Ini

SINGAPURA, 3 Okt – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini memaklumkan seramai 130 penduduk di republik ini menerima dos vaksin Covid-19 yang salah.

Menteri Kesihatan, Dr. Janil Puthucheary berkata, daripada jumlah itu, tujuh daripadanya terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun yang tidak mempunyai sebarang reaksi buruk.

“Selebihnya, membabitkan golongan dewasa yang sudah pulih atau tidak mengalami reaksi buruk.

“Seramai 11 orang mengalami masalah kesihatan akibat mengambil dos berlebihan dan 199 yang lain akibat pengambilan vaksin yang berkurangan sehingga 26 September lalu,” katanya.

Sejak permulaan pandemik, kira-kira 16 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberikan.

Isu itu timbul selepas insiden bulan lalu, apabila dua dewasa yang diberikan botol penuh vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 yang tidak dicairkan di sebuah klinik di Hougang.

Seorang pesakit dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala dan degupan jantung meningkat sebelum dibenarkan keluar hospital.

– CNA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSHANGHAI, 1 Dis – Dua bandar terbesar China, Guangzhou dan Chongqing, mengumumkan pelonggaran sekatan pergerakan COVID-19 bermula semalam. Ini dibuat sehari selepas...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 30 Nov – Jepun merancang membeli sehingga 500 peluru berpandu krus Tomahawk AS sehingga tahun fiskal 2027 bagi meningkatkan keupayaan serangan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSYDNEY, 30 Nov – Parlimen Australia hari ini meluluskan usul mengutuk bekas Perdana Menteri daripada parti Liberal, Scott Morison selepas siasatan mendedahkan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER