Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

United ‘Lauk’ Dikerjakan City

Kongsikan Artikel Ini

MANCHESTER, 2 Okt – Penyerang Manchester City, Erling Haaland menjadi pemain pertama Liga Perdana Inggeris (PL) meledak hatrik dalam tiga aksi berturut-turut di laman sendiri.

Pencapaian itu dilakar Haaland ketika membantu City jadi ‘lauk kenduri’ mereka apabila membelasah Manchester United 6-3 di Stadium Etihad, sebentar tadi.

Penyerang dari Norway itu membuka jaringan pada minit ke-34 selepas menanduk masuk hantaran Kevin de Bruyne.

Dia sekali lagi menyudahkan hantaran De Bruyne untuk gol kedua sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-64.

Ini menyaksikan dia menjadi pemain pertama City menjaringkan hatrik menentang United selepas Francis Lee melakukannya pada 1970.

Lee adalah pemain City yang ketiga meledak hatrik ke atas pasukan jiran itu selain Horace Barnes pada 1921.

Gaya penyerang Manchester City, Erling Haaland ketika meraikan jaringan golnya menentang Manchester United. – Foto AFP
Gaya penyerang Manchester City, Erling Haaland ketika meraikan jaringan golnya menentang Manchester United. – Foto AFP

Phil Foden turut melakar hatrik apabila membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit kelapan, m44 dan m72.

Sementara gol United diperoleh menerusi Antony pada minit ke-56 dan dua jaringan Anthony Martial (m84 dan m91).

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER