Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Shafie Panik, Mula Salahkan PH Atas Kegagalan Sendiri

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 2 Okt – Tindakan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menuding jari kepada pimpinan Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai mengambil jalan keluar yang mudah.

Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimin berkata, beliau juga meletakkan kegagalannya sendiri dalam mentadbir negeri Sabah di bahu pimpinan PH.

Menurutnya, sepanjang pentadbiran Warisan juga, parti berkenaan telah memonopoli jawatan lantikan politik, sama ada di peringkat negeri, daerah mahupun kampung-kampung.

“Namun kerana sikap tamak dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab akhirnya rakyat menghukum kerajaan Warisan.

“Rakyat Sabah tidak bodoh untuk menilai kegagalan Shafie sepanjang mentadbir kerajaan Sabah dan saya yakin rakyat akan mengambil keputusan sama dengan menolak Warisan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Razeef berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Shafie yang menuding jari pada pimpinan PH atas beberapa kegagalan pentadbiran kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Shafie menyatakan bahawa beliau telah meminta pimpinan Keadilan Sabah (Datuk Christina Liew) dan DAP Sabah (Phoong Jin Zhe dan Chan Foong Hin) supaya meminta Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk menyelesaikan beberapa isu namun dikatakan tidak diendahkan.

“Adakah Shafie lupa bahawa beliau merupakan Ketua Menteri yang mengepalai kerajaan negeri Sabah? Beliau berada dalam jawatankuasa khas Sabah-Sarawak yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Beliau juga menduduki Majlis Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri, Majlis Kewangan Negara dan mengiringi Gabenor negeri dalam Majlis Raja-Raja. Malah, beliau juga seorang Ahli Parlimen.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER