Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Pemimpin KEADILAN Berlatih Kayak Di Saat Umno Sibuk Desak PRU

Kongsikan Artikel Ini

PERMATANG PAUH, 2 Okt – Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mewakili Pulau Pinang, Perlis dan Kedah menjalani latihan berkayak sebagai sebahagian daripada program simulasi banjir di Permatang Pauh pada Ahad.

Perkara itu dikongsikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menerusi hantaran di Facebook.

“Alhamdulillah, setelah mendapat panduan dan maklum balas Tuan Hairuddin, Ketua Zon 3, wakil-wakil rakyat keadilan mewakili Pulau Pinang, Perlis dan Kedah selesai praktis berkayak.

“Dilaporkan di Kuala Mengkuang, Permatang Pauh hari ini tidak ada seorang pun ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) atau ahli Parlimen Keadilan yang tenggelam ketika latihan,” katanya berseloroh.


Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN sebelum itu dalam hantaran sama menegaskan, sejak awal kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri digesa menumpukan persediaan menghadapi bencana.

“Bermula dengan perbahasan tentang siap siaga bencana banjir, musim tengkujuh dan darurat iklim di Parlimen tahun lalu, disambung dengan mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah, melakar laluan program simulasi banjir hari ini.

“Kita usahakan pemberian aset yang dipinta oleh Polis Diraja Malaysia, bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sementara mereka menunggu kelulusan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). Tambahan, ahli-ahli Parlimen masih menunggu deraf RUU Akta Pengurusan Bencana yang sepatutnya disiapkan oleh Nadma pada Mei lepas,” katanya.

Tambah Nurul Izzah, pihaknya juga membantu menyediakan kit banjir buat kanak-kanak memandangkan yang tersedia hanya buat golongan dewasa.

“Malangnya, UMNO terus membelakangkan keselamatan rakyat dan memaksa agar pilihan raya diadakan segera. Kita sibuk hadapi bencana, mereka sibuk desak pilihan raya. Apapun, kita terus berkhidmat, Insya-ALLAH,” katanya.

Ini menunjukkan KEADILAN terus memahami denyut nadi rakyat di saat UMNO terus ketepikan kepentingan rakyat yang hanya pedulikan jawatan dan kuasa di saat rakyat terus menderita.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan beliau adalah seorang daripada yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN merundingkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – ‘Kepulangan’ Mohd Rafizi Ramli dalam gelanggang politik ternyata berbaloi apabila dilantik dalam Kabinet selepas Pakatan Harapan (PH)...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi ini, susulan pelantikan mereka ke dalam kabinet malam tadi....

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER