Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

‘PM Pun Mungkin Digantung Jika…’

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Ketua Umno Alor Setar, Mohd Yusof Ismail berkata dia belum menerima sebarang makluman rasmi berhubung penggantungan keahliannya daripada parti itu.

Namun, Mohd Yusof percaya tindakan terhadap dirinya itu merupakan isyarat kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob jika gagal membubarkan parlimen dalam masa terdekat.

“Saya percaya ini juga adalah isyarat kepada perdana menteri, jika Dewan Rakyat tidak dibubarkan segera, maka dia juga akan digantung seperti saya.

“Saya agak kesal kerana hukuman ke atasnya dilihat lebih berat berbanding hukuman ke atas bekas ahli MKT Umno, Lokman Noor Adam yang lebih banyak memburukkan perdana menteri,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Jelasnya dia ada mengkritik presiden, tetapi hanya dalam kumpulan WhatsApp ketua bahagian Umno.

Semalam, MKT Umno dilaporkan membuat keputusan menggantung keahlian Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman.

Kedua-dua mereka digantung keahlian selama enam tahun ataupun dua penggal.

Sementara itu, Mohd Yusof (gambar, bawah) berkata dia hanya mengetahui perkara itu melalui rakan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno selepas mesyuarat malam tadi.

“Sehingga kini tiada makluman rasmi mengenainya dibuat ibu pejabat Umno kepada saya dan belum memikirkan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Saya percaya keputusan penggantungan yang diumumkan pada mesyuarat MKT Umno itu adalah kesan tindakan saya yang kerap mengkritik Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi namun dilakukan secara tertutup.

“Setakat ini, saya belum dimaklumkan secara rasmi mengenai hukuman penggantungan enam tahun ini. Hanya dimaklumkan beberapa rakan MKT melalui panggilan telefon malam tadi,” katanya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan beliau adalah seorang daripada yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN merundingkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – ‘Kepulangan’ Mohd Rafizi Ramli dalam gelanggang politik ternyata berbaloi apabila dilantik dalam Kabinet selepas Pakatan Harapan (PH)...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi ini, susulan pelantikan mereka ke dalam kabinet malam tadi....

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER