Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Hatrik Trossard Rencat Kebangkitan Liverpool

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 2 Okt – Walaupun mempamer kebangkitan hebat selepas ketinggalan 0-2, namun hatrik Leandro Trossard membantu Brighton mengikat Liverpool 3-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (PL) sebentar tadi.

Gol pantas Trossard pada minit keempat dan 17 mengejutkan Reds 2-0 di Anfield.

Liverpool bagaimanapun membalas dengan dua jaringan Roberto Firmino pada minit ke-33 dan 54.

Reds menjangkakan mereka telah melakukan kebangkitan sempurna apabila mendahului 3-2 selepas sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold terkena lengan bek kiri lawan, Adam Webster sebelum memasuki gawang pada minit ke-63.

Bagaimanapun, ketika permainan berbaki tujuh minit untuk ditamatkan, Trossard meragut hasrat Reds untuk mengutip tiga mata di laman sendiri dengan meledak gol penyamaan.

Trossard menjaringkan gol dari tiang belakang hasil hantaran lintang Kaoru Mitoma untuk menyumbat hatrik yang menakjubkan dan memastikan satu mata penting buat pasukannya.

Keputusan seri kali keempat daripada tujuh perlawanan menyebabkan anak-anak buah Jurgen Klopp makin parah apabila menghuni tangga kesembilan dengan 10 mata, 11 mata ditinggalkan pendahulu, Arsenal.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan tumpuan, jaringan pemain gantian, Conor Gallagher pada minit ke-90 membantu Chelsea menang 2-1 di Crystal Palace.

Odsonne Edouard terdahulu meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ketujuh, namun Pierre-Emerick Aubameyang menyamakan kedudukan di minit ke-38.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER