Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Pensyarah Ditamatkan Khidmat Kes Gangguan Seksual

Kongsikan Artikel Ini

SHAH ALAM, 30 Sep – Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menamatkan perkhidmatan seorang pensyarahnya yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah, berkuat kuasa serta-merta.

UiTM dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, mereka mengambil serius mengenai dakwaan gangguan seksual oleh pensyarah itu dan telah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

Menurut kenyataan universiti itu mengikut akta tersebut, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan-larangan yang terdapat dalam Akta 605 dan Peraturan UiTM.

Kenyataan itu menyebut Unit Integriti UiTM telah menjalankan siasatan yang teliti bermula pada tahun lepas, terhadap segala bahan bukti yang telah dikumpulkan sebelum sebarang kesalahan dapat dibuktikan dan jenis hukuman dapat ditentukan.

“Setelah prosedur soal siasat dan siasatan dalaman selesai serta dimesyuaratkan di Jawatakuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi, pihak UiTM telah mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta terhadap pensyarah terbabit yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah tersebut,” menurut kenyataan UiTM itu.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Naib Canselor UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor berkata, warga universiti sentiasa diberi peringatan secara berkala perihal Akta 605.

“Sekiranya ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, pihak universiti tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan keras sekiranya disabit kesalahan,” katanya.

– Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan siasatan terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Presiden Pas itu...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Okt – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan membela diri atas tuduhan pecah amanah jenayah, penyelewengan wang dan pengubahan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 27 Okt – Penyandang kerusi parlimen Pekan, Najib Razak yang kini dipenjarakan, gagal dalam permohonannya untuk dibenarkan hadir di parlimen...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniLABUAN, 25 Okt – Seorang petugas imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan RM4,750. Rafidah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER