Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

MAS, AirAsia Mansuh Pemakaian Pelitup Muka Dalam Pesawat

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 29 Sep – Syarikat penerbangan tempatan memansuhkan syarat pemakaian pelitup muka di dalam penerbangan berkuatkuasa serta merta, susulan pengumuman oleh kerajaan mengenai pemansuhan pemakaian pelitup muka dalam pesawat.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan berkata, pemakaian pelitup muka di dalam penerbangan AirAsia Malaysia adalah atas pilihan tetamu, kecuali jika mereka melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang memerlukan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam.

Katanya, tetamu yang ingin memakai pelitup muka di dalam penerbangan boleh terus berbuat demikian.

“Keselamatan tetamu adalah keutamaan bagi AirAsia, dan kami akan terus beroperasi dengan standard keselamatan yang ketat.

“Semua pesawat kami dilengkapi dengan penapis udara berzarah kecekapan tinggi (HEPA) yang mampu menghapuskan 99.99 peratus zarah habuk dan bahan cemar bawaan udara termasuk virus dan bakteria.

“Udara kabin disegarkan sepenuhnya setiap tiga minit untuk memastikan kualiti udara adalah pada tahap maksimum sepanjang penerbangan mereka.

“Kami akan terus mengemas kini garis panduan mengenai penggunaan pelitup muka di dalam penerbangan di semua pasaran, di samping kembali menerbangkan tetamu ke destinasi mereka,” katanya.

Malaysia Aviation Group (MAG) semalam turut mengumumkan bahawa berkuat kuasa serta-merta, pemakaian pelitup muka semasa dalam pesawat kini adalah atas pilihan penumpang bagi semua syarikat penerbangan di bawahnya, kecuali pemakaian yang diwajibkan di negara-negara destinasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail sebelum itu telah memberi taklimat kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai pendekatan berasaskan risiko dalam menjadikan pemakaian pelitup muka sebagai pilihan di dalam pesawat.

MAG menjelaskan antara ciri perlindungan yang terdapat dalam pesawat ialah sistem peredaran udara kabin yang menyegarkan udara kabin 20 hingga 30 kali sejam selain penggunaan penapis HEPA yang mempunyai keupayaan untuk menapis 99.9 peratus bahan cemar bawaan udara termasuk virus dan bakteria.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan amat menggalakkan penumpang yang tidak sihat, individu berisiko tinggi dan mereka yang melakukan perjalanan bersama individu berisiko tinggi supaya terus memakai pelitup muka ketika berada dalam pesawat, menurut MAG.

MAG menjelaskan, penumpang Malaysia Airlines (MAS), Firefly, MASwings dan AMAL boleh melakukan perjalanan dengan penuh yakin memandangkan MAG komited untuk menyediakan pengalaman perjalanan menyeluruh yang selamat dan lancar seiring dengan inisiatif MHFlySafe.

Ini termasuk operasi pesawat oleh juruterbang dan anak kapal yang telah menerima vaksin lengkap serta disinfeksi pesawat yang kerap dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tambahnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan beliau adalah seorang daripada yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN merundingkan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Dis – Aliran positif matawang negara menunjukkan petanda pengukuhan ekonomi negara semakin baik dalam masa seminggu selepas Datuk Seri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER