Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Putera Mahkota Dilantik Perdana Menteri Arab Saudi Yang Baharu

Kongsikan Artikel Ini

JEDDAH, 28 Sep – Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud semalam mengeluarkan Dekri Diraja bagi melantik Putera Mahkota Mohammed Salman sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

Bagaimanapun menurut satu Dekri Diraja, mesyuarat mingguan Kabinet yang dihadiri Raja Salman, akan dipengerusikan oleh baginda, menurut laporan Saudi Gazette.

Pelantikan Putera Mahkota itu dilaksanakan dengan membuat pengecualian terhadap peruntukan Perkara 56 Undang-Undang Asas Pentadbiran Arab Saudi dan peruntukan berkaitan dalam Undang-Undang Majlis Menteri.

Dalam satu lagi Dekri Diraja, Raja Salman merombak Majlis Menteri dengan diketuai oleh Putera Mahkota.

Baginda turut mengeluarkan dekri bagi melantik Timbalan Menteri Pertahanan, Putera Khalid Salman, sebagai Menteri Pertahanan.

Selain itu, Yousef Abdullah Al-Benyan dilantik sebagai Menteri Pendidikan yang baharu, manakala Talal Abdullah Al-Otaibi dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertahanan.

Senarai menteri yang mengekalkan portfolio masing-masing selepas rombakan itu ialah:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putera Mansour Miteb;
Menteri Tenaga, Putera Abdulaziz Salman;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putera Turki Muhammad Fahd;
Menteri Sukan, Putera Abdulaziz Turki Faisal;
Menteri Dalam Negeri, Putera Abdulaziz Saud Naif; dan
Menteri Pengawal Nasional, Putera Abdullah Bandar.

Seterusnya ialah:

Menteri Hal Ehwal Luar, Putera Faisal Farhan Abdullah;
Menteri Kebudayaan, Putera Badr Abdullah Farhan;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Sheikh Saleh Abdulaziz Al-Sheikh;
Menteri Hal Ehwal Agama, Seruan dan Bimbingan, Dr Abdullatif Al-Sheikh; Menteri Keadilan, Dr Waleed Al-Samaani; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Muttalib Al-Nafisah;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Musaed Muhammad Al-Aiban; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Ibrahim Al-Assaf;
Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Hal Ehwal Majlis Syura, Dr Essam Saad Saeed; serta
Menteri Perdagangan dan Pemangku Menteri Media, Dr Majed Al-Qasabi.

Selain itu:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Al-Sheikh;
Menteri Alam Sekitar, Air dan Pertanian, Abdul Rahman Al-Fadhli;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalid Al-Issa;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Luar, Adel Al-Jubeir;
Menteri Perbandaran dan Hal Ehwal Luar Bandar dan Perumahan, Majed Al-Hogail; Menteri Kewangan, Muhammad Al-Jadaan.

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Abdullah Al-Sawaha;
Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial, Ahmed Al-Rajhi;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Hamad Al-Sheikh;
Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral, Bandar Alkhorayef;
Menteri Pengangkutan dan Logistik, Saleh Al-Jasser;
Menteri Pelancongan, Ahmed Al-Khateeb; Menteri Pelaburan, Khalid Al-Falih; Menteri Ekonomi dan Perancangan, Faisal Al-Ibrahim; serta
Menteri Kesihatan, Fahd Al-Jalajel.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSHANGHAI, 1 Dis – Dua bandar terbesar China, Guangzhou dan Chongqing, mengumumkan pelonggaran sekatan pergerakan COVID-19 bermula semalam. Ini dibuat sehari selepas...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 30 Nov – Jepun merancang membeli sehingga 500 peluru berpandu krus Tomahawk AS sehingga tahun fiskal 2027 bagi meningkatkan keupayaan serangan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSYDNEY, 30 Nov – Parlimen Australia hari ini meluluskan usul mengutuk bekas Perdana Menteri daripada parti Liberal, Scott Morison selepas siasatan mendedahkan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER