Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Liga Penalti Ayuh Malaysia Kenang Jasa Lagenda Bola Sepak Negara – Manivanan

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 28 Sep – Penganjuran Liga Penalti Ayuh Malaysia 2022 yang diilhamkan Pengasas Bersama dan Sukarelawan Utamanya, Manivanan Gowin bertujuan mengenang kembali jasa dan sumbangan tokoh-tokoh bola sepak negara yang telah banyak mengharumkan nama Harimau Malaya di persada antarabangsa.

Walaupun gerakan Ayuh Malaysia merupakan satu gelombang baharu yang diwujudkan untuk mengangkat idea radikal dan tindakan yang mendahulukan rakyat, ia tidak mengetepikan peranan dan sumbangan mereka yang membanggakan negara dalam sukan bola sepak suatu ketika dahulu.


Ayuh Malaysia menekankan lima tema utama iaitu jaminan makanan, tenaga & sumber boleh diperbaharui, vokasional & teknikal, perumahan mampu milik & mampan dan pendemokrasian pendidikan.

“Namun begitu, Ayuh Malaysia juga memberi perhatian kepada isu-isu sampingan seperti sukan. Sukan di Malaysia merupakan satu medium untuk memupuk perpaduan dan keharmonian kaum. Sukan dapat mengeratkan hubungan muhibbah, di samping menerapkan rasa saling hormat menghormati di antara satu sama lain,” katanya.


Ujarnya, bola sepak, merupakan sukan yang sangat popular di Malaysia. Pasukan kebangsaan Malaysia merupakan lambang perpaduan dan keunikan negara kita.

Kegemilangan Harimau Malaya, sehingga kini dirujuk kepada era 70an dan 80an. Malaysia melahirkan pemain kelas dunia seperti Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari (Supermokh), mendiang Datuk Wira Soh Chin Ann (Tauke), Datuk Santokh Singh dan mendiang Datuk R. Arumugam (Spiderman).


Mengenang jasa dan ketokohan wira-wira ini yang berjaya mencerminkan budaya perpaduan melalui sukan khususnya bolasepak, kita kini seharusnya mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan semangat yang sama.

Selaras dengan semangat itu, Ayuh Malaysia dengan kerjasama Bellezza One Stop Centre akan menganjurkan Liga Penalti Ayuh Malaysia 2022 pada 2 Oktober 2022 (Ahad), bermula jam 7 pagi di Stadium JSA, Setia Alam, Selangor.


Liga Penalti Ayuh Malaysia dipimpin oleh individu-individu yang bukan dari kalangan ahli politik tetapi peminat bolasepak yang mempunyai komitmen dan semangat kesukanan yang sama.

Selain daripada sekretariat, Liga Penalti juga memdapat sokongan daripada Sdr Tamil Arasu (bekas pemain Harimau Malaya), Sdr Fairus Basar (bekas pemain negeri Selangor) dan Dr Arilla Sri Masayu (Ratu Kebaya dan Aktivis Pemerkasaan Wanita).

“Maka, dengan sekretariat ini yang komited dan prihatin, saya percaya, Liga Penalti Ayuh Malaysia ialah satu permulaan. Agenda perpaduan dan keharmonian melalui sukan seperti ini akan diteruskan.


“Maka, saya dengan rendah diri, memohon agar pasukan – pasukan bolasepak yang berminat, turut serta dan mengambil bahagian dalam Liga Penalti Ayuh Malaysia 2022. Kepada sukarelawan dan peminat bolasepak yang ingin bersama, kami amat mengalu-alukan,” katanya dalam sidang media sempena program itu di sini pada Rabu.

“Sukarelawan dan peminat bolasepak boleh mendaftarkan menggunakan applikasi CISTA. Manakala, untuk pasukan yang berminat boleh mendaftar mengikut butiran yang terdapat dalam FB saya iaitu https://www.facebook.com/ManivananGowinPage,” tambahnya.


Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 29 September ini bagaimanapun pihak penganjur difahamkan turut menerima permohonan secara terus semasa kejohanan itu berlangsung Ahad ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER