Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Perang Dalaman BN-PN Tambah Kesengsaraan Rakyat – Jame Stephen

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 27 Sep – Mutakhir ini, tekanan demi tekanan diterima oleh PM ke-9, Ismail Sabri Yaakob. Baru-baru ini beliau menerima tentangan hebat daripada bekas Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin Yassin yang mengatakan kerajaan yang diketuai oleh beliau gagal menggalas tanggungjawab mentadbir negara dengan baik.

Selain daripada parti-parti dalam kerajaan, partinya sendiri diketuai presiden UMNO iaitu Zahid Hamidi sangat kerap menyerang beliau. Serangan itu mahukan pilihan raya diawalkan sesegera mungkin tanpa memikirkan masalah dihadapi oleh rakyat sama ada musibah banjir mahupun kegawatan ekonomi akibat kejatuhan matawang ringgit.

Saya menerima baik kenyataan balas Ismail Sabri yang mengatakan jika kerajaan ini gagal, ini bermaksud semua menteri kabinet gagal termasuklah Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diketuai oleh Muhyiddin sendiri.

Kita sedia maklum bahawa pembentukan kerajaan dalam kabinet datangnya dari keempat-empat parti gabungan iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Namun ’perang saudara’ antara BN-PN dan sesekali diperhatikan GRS dan GPS sebenarnya tambah membuatkan rakyat sengsara ekoran para pelabur asing menarik balik komitmen mereka disebabkan kerajaan sendiri berantakan tanpa kesudahan dan kesannya, rakyat hilang pekerjaan akibat pelabur memilih Vietnam dan Indonesia sebagai destinasi pelaburan mereka.


Sebagai rakyat biasa yang mampu menilai keadaan negara hari ini, saya berpandangan kerajaan ini sememangnya gagal mentadbir negara dengan baik kerana:

1. Rakyat menderita soal kos sara hidup melambung tinggi

Kos sara hidup meningkat disebabkan nilai mata wang negara susut paling teruk dalam sejarah. Dengan itu, harga barangan keperluan asas rakyat semuanya naik melambung akibat daripada kebanyakkan barangan keperluan asas ini diimport dari luar negara. Gaji minima yang diumumkan sebelum ini tidak menampakkan perubahan kos sara hidup rakyat memandangkan keperluan membeli barangan asas jauh lebih mahal daripada kenaikan gaji minima.

2. Sistem pendidikan negara tidak berkembang selari keperluan pasaran pekerjaan

Pekara ini sememangnya telah pun disahkan oleh Menteri Pendidikan, Radzi Jidin, iaitu pendidikan negara tidak berkembang daripadanya banyak sisi. Pentadbiran kerajaan ini menyebabkan guru-guru semakin ramai tertekan dan semakin banyak yang memohon untuk pencen awal daripada sepatutnya. Dasar-dasar baru yang dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja sukar dilaksanakan malahan menekan guru-guru sehingga mereka tidak mampu menjalankannya. Begitu juga, soal kebajikan mahasiswa tidak langsung dipandang oleh kerajaan.

Kos sara hidup mereka di universiti semakin tinggi dengan peningkatan harga makanan dan logistik. Semakin hari semakin ramai mahasiswa yang tidak mampu menanggung kos sara hidup mereka dengan pinjaman pendidikan tidak mencukupi untuk meneruskan pengajian lebih-lebih lagi keluarga dari B40. Lebih parah, pinjaman perlu dibayar tetapi kelayakan mereka tidak memenuhi pasaran pekerjaan semasa.


3. Rakyat dibelenggu kegawatan keselamatan dalam negara

Rakyat hari ini semakin merasakan keresahan mereka terhadap isu keselamatan negara. Keselamatan negara seperti tidak diendahkan dengan isu-isu rasuah berkenaan dengan perolehan melibatkan pertahanan negara. Isu LCS membuka mata rakyat bahawa itu hanyalah satu daripada berpuluh-puluh kegagalan BN memerintah. Kapal yang tidak siap tetapi sejumlah berbilion ringgit wang telah pun hangus dibayar kepada syarikat yang dipertanggungjawabkan. Isu keselamatan juga bukan hanya serangan daripada luar seperti ancaman pengganas tetapi ancaman siber ataupun dipanggil sebagai scammer semakin berleluasa.

Ancaman siber ini seperti dikawal oleh individu yang mengetahui data-data peribadi semua rakyat. Kerajaan seperti tidak bersungguh-sungguh menyelesaikan isu ancaman siber ataupun scammer ini sebaliknya menyalahkan rakyat yang terdedah dengan penipuan scammer tanpa pembelaan.

4. Ancaman fitnah dan hasutan terhadap bangsa dan agama

Ancaman fitnah dan hasutan terhadap agama dan bangsa merupakan satu ancaman yang paling berbahaya yang boleh menimbulkan keresahan pada rakyat. Kempen anti-fitnah dilancarkan oleh Menteri Agama iaitu Idris Ahmad seperti tidak berkesan kerana hasutan berbaur perkauman dikeluarkan oleh presidennya sendiri yang mengatakan bukan Islam paling banyak memberi rasuah.


Begitu juga, presidennya mengafirkan orang-orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Kita tidak usah takut atau pun resah jika Parti PAS ini berada di pembangkang. Mereka boleh memfitnah atau keluarkan kenyataan bermacam-macam tetapi PAS hari ini berada di dalam kerajaan, mereka mempunyai pengaruh media yang luas dan boleh menunjukkan kepada rakyat malahan dunia luar bahawa kenyataan mereka diguna pakai sebagai rasmi.

5. Ketidakstabilan politik disebabkan pergolakan dalam parti menyokong kerajaan

Kerajaan hari ini semakin tertekan dek tekanan dan ketidak percayaan sesama mereka. Parti gabungan terbesar iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) semakin hari menampakkan mereka semakin menyerang satu sama lain. Tekanan seperti inilah merisaukan Perdana Menteri yang menjadi ketua dalam gabungan ini dan hanya mampu meleraikan pergaduhan dalaman gabungan berbanding menyelesaikan masalah rakyat. Mereka seperti tidak mempedulikan rakyat yang tengah sengsara meneruskan kehidupan akibat kos sara hidup yang tinggi dan ada yang berhadapan dengan bencana banjir di kawasan mereka.

Apa sekali pun kegagalan kerajaan yang dipimpin oleh Ismail Sabri haruslah diterima dengan berlapang dada oleh seluruh parti kerajaan. Mereka memerintah negara ini lebih daripada 20 bulan. Rakyat hari ini sudah pun sedar bahawa mereka hanya bercakap retorik ketika menjadi pembangkang dahulu.

Kerajaan BN dan PN adalah kerajaan yang paling gagal berdasarkan rekod pencapaian mereka sejak berkuasa secara ‘tebuk atap’ sehingga ke hari ini.

– Jame Stephen ialah seorang aktivis Bintulu yang terbabit dalam NGO rakyat serta pengamat isu semasa. Pandangan beliau tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Media Rania

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER