Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Negeri Sembilan Kesan 89 Lokasi Utama Banjir, Langkah Proaktif Diambil – Aminuddin

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 26 Sep – Kerajaan Negeri Sembilan mengenal pasti 89 tempat di lapan daerah di negeri ini sebagai lokasi utama berlaku banjir, berbanding 81 sebelum ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun, berkata pihaknya telah mengambil langkah proaktif bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir berlaku dalam masa terdekat.

Katanya, ia termasuk mengenal pasti pusat pemindahan sementara (PPS) yang akan turut membabitkan beberapa sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah berasrama serta pusat latihan yang mempunyai kemudahan lengkap.

“Kita mahu memastikan mangsa banjir dapat ditempatkan di tempat yang selesa dan mempunyai kemudahan lengkap.

“Selain itu, kami sudah mewujudkan bilik gerakan banjir yang menghubungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah dan pasukan keselamatan.

“Kita turut menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dalam menyediakan pakej bantuan sesuai untuk menangani banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di sini, petang ini.

Aminuddin (tengah) menyampaikan hadiah kepada penerima yang memenangi perbarisan Hari Kebangsaan sambil disaksikan Dr Razali (kiri) pada Majlis Apresiasi Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Seremban, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Abdul Malek dan ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri serta ketua jabatan.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menambah, pihaknya mengakui bimbang dengan kemungkinan banjir akan melanda di kawasan yang tidak dijangka seperti berlaku pada awal tahun ini dan Disember tahun lalu.

“Sebagai contoh di mana sebelum ini terdapat 326 kawasan yang dilanda banjir walaupun lokasi utama hanya ada 81,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengumpulkan seramai mungkin sukarelawan dalam kalangan golongan muda bagi membantu pasukan penyelamat ketika banjir.

Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan dan Melaka itu dijangka akan mengadakan taklimat khas bagi tujuan koordinasi menerusi saluran parti bagi membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing dengan lebih tersusun.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER