Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Kerajaan NS Beri Amaran Kepada Persatuan Sukan

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun (tiga dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada atlet muda yang cemerlang sepanjang tahun ini. - Foto ihsan NSTP
Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 27 Sep – Mana-mana persatuan sukan di negeri ini berdepan tugas berat dalam usaha mengembalikan semula reputasi sukan masing-masing setelah Kerajaan Negeri Sembilan memberi kata dua kepada mereka yang tidak menunjukkan kemajuan.

Ini dijelaskan Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun yang memberitahu, mana-mana persatuan sukan di negeri itu yang tidak menunjukkan peningkatan prestasi, bakal digugurkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.

Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN menjelaskan, ia antara langkah drastik yang mungkin akan diambil untuk memastikan pencapaian kontinjen Negeri Sembilan lebih menyerlah pada SUKMA akan datang di Johor.

Pada temasya SUKMA ke-20 di Lembah Klang yang berakhir hujung minggu lalu, kontinjen negeri ini hanya mampu menduduki tangga ke-10 daripada 15 pasukan bertanding selepas berjaya menghimpun 19 pingat emas, enam perak dan 28 gangsa.

Bagaimanapun, pencapaian itu lebih baik berbanding pada SUKMA 2018 di Perak apabila kontinjen negeri ini ketika itu hanya menduduki tempat ke-12 dengan meraih 13 pingat emas, 18 perak dan 43 gangsa.

“Saya sudah bincang dengan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan (Datuk Sabuddin Sani) mengenai prestasi pasukan kita ketika SUKMA tahun ini, yang baru berakhir Sabtu lalu.

“Walaupun kita berjaya menambah bilangan kutipan pingat emas berbanding pada SUKMA 2018 di Perak, namun sasaran ditetapkan sekurang-kurangnya di tempat kesembilan kali ini tidak tercapai.

“Oleh itu, mana-mana persatuan sukan negeri yang didapati gagal atau tidak menunjukkan kemajuan mungkin akan digugurkan lebih awal sebelum SUKMA akan datang,” katanya di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, tindakan itu perlu diambil bagi mengelak pembaziran wang rakyat yang diurus kerajaan negeri ketika segala kemudahan termasuk elaun latihan dan sebagainya diberikan kepada pegawai dan atlet, sedangkan hasilnya tidak berubah dari tahun ke tahun.

“Bagaimanapun, persatuan yang berpotensi untuk maju akan terus dibantu dalam melahirkan atlet berprestasi tinggi.

“Justeru, setiap persatuan sukan negeri perlu memainkan peranan proaktif dalam merangka program latihan lebih intensif bagi meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian atlet masing-masing,” katanya.

Terdahulu, pada 6 September lalu, kontinjen negeri ini menyasarkan untuk mengutip 23 pingat emas selain berazam untuk berada dalam kedudukan sekurang-kurangnya kelompok sembilan terbaik pada SUKMA ke-20 dengan menyertai 28 daripada 31 jrnis sukan yang dipertandingkan.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER