Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Pound British Terendah Dalam Tempoh Tiga Tahun Berbanding Dolar

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 26 Sep – Pound British jatuh hampir tiga peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi Isnin, dan mencecah rekod paras terendah dalam dagangan awal, menurut data dagangan.

Agensi berita Russia, Sputnik melaporkan setakat 04:46 GMT, paun susut 2.77 peratus kepada US$1.0555 daripada penutupan sebelumnya pada US$1.0856. Pada kira-kira 01:00 GMT, mata wang itu menjunam ke paras terendah baharu kepada US$1.0384.

Pada masa sama, euro merosot kepada US$0.9635 berbanding dolar US berbanding penutupan sebelumnya pada US$0.969. Yen Jepun mencatat paras 144.06 setiap dolar US berbanding penutupan pada 143.32. Indeks dolar (kadar tukaran asing berbanding sekumpulan mata wang enam rakan dagangan AS) meningkat 0.68 peratus kepada 113.95 mata.

Pada Jumaat lepas, Canselor Perbendaharaan, Kwasi Kwarteng United Kingdom (UK) melancarkan pelan pertumbuhan bernilai 60 bilion pound baharu bagi menyokong ekonomi negara itu, di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup.

Pelan itu termasuk membatalkan rancangan kenaikan cukai perbadanan, dengan mengekalkannya pada paras terendah dalam G20, pada 19 peratus.

Menurut Ray Attrill, ketua strategi mata wang di National Australia Bank, pelabur bimbang terhadap skala keperluan pembiayaan kerajaan UK untuk jangka pendek untuk pelan berbilion paun itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan beliau adalah seorang daripada yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN merundingkan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER