Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Pikap Jatuh Gaung – Seorang Maut, 13 Cedera

Kongsikan Artikel Ini

KUCHING, 26 Sep – Wanita maut, 13 lagi cedera selepas pikap dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam sembilan meter ketika menuruni jalan dari Borneo Highland Resort, Padawan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Yow Sze Ee, 22, yang juga penumpang pikap terbabit.

Difahamkan, sebelum nahas itu, 14 sekeluarga itu melakukan aktiviti beriadah di kawasan air terjun bertempat di kawasan pergunungan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu 2.44 petang sebelum menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpok ke lokasi.

“Mangsa pertama berjaya dinaikkan serta diselamatkan pada 3.45 petang, manakala mangsa terakhir berjaya dibawa naik pada 7.30 malam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, kesemua mangsa diserah pada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan rawatan seterusnya.

Operasi menyelamatkan semua mangsa selesai jam 7.39 malam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER