Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Nik Nazmi Desak DBKL Jumpa Penduduk Isu Bukit Dinding

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 26 Sep – Satu pertemuan segera perlu diadakan antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama penduduk susulan kelulusan kerja-kerja pembangunan di sepanjang kaki Bukit Dinding di Wangsa Maju.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak perkara itu susulan kebimbangan penduduk setempat dan menuntut DBKL memberikan butiran terperinci mengenai isu keselamatan serta kestabilan cerun di kawasan berkenaan.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di sekitar bukit itu terkejut apabila tidak diberitahu mengenai kelulusan yang mereka dakwa berdasarkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) lebih lima tahun lepas.

“Tiada sapa kongsi laporan EIA (terbaru) dengan kami, yang kita ada hanya laporan lima tahun lepas. Kita minta perkara itu dikongsikan segera.

“….dan DBKL kena buat taklimat. Kita nak dengar sendiri dari DBKL. Sekurang-kurangnya wakil setiap persatuan penduduk kena dilibatkan dengan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di Bukit Dinding Wangsa Maju.

Nik Nazmi yang juga Naib Presiden KEADILAN terdahulu bersama kira-kira 50 orang penduduk mengiringi pihak media melawat ke beberapa kawasan bekas kawasan tanah runtuh yang berlaku di Bukit Dinding sebelum ini.


Mereka membawa plakad bertulis “kami bantah sebarang pembangunan di Bukit Dinding”, “DBKL kelulusan berat sebelah”, “DBKL buka mata” dan “Selamatkan Bukit Dinding”.

Pada 23 September lalu, DBKL tidak membenarkan sebarang kerja pembangunan di sepanjang kaki Bukit Dinding, selagi sesi komunikasi strategik bersama penduduk belum dimuktamadkan.

Tapak projek itu merupakan kawasan dikhaskan untuk pembangunan kediaman di kawasan R12, Bandar Baru Wangsa Maju berdasarkan Pelan Konsep Pembangunan Bandar Baru Wangsa Maju yang diluluskan pada 1984.

Kenyataan itu memaklumkan cadangan pembangunan tersebut juga telah melalui proses pandangan awam dan DBKL turut mengadakan sesi libat urus bersama penduduk setempat seawal 2015.

Seterusnya, Perintah Pembangunan bagi cadangan pembinaan pembangunan Parcel 2 yang mengandungi dua blok kediaman 26 tingkat telah diluluskan pada 2022 selaras dengan pelan susun atur yang diluluskan pada 2018.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Setiawangsa, Ahmad Shukri Abdul Shukor mendesak supaya kerajaan mendengar suara penduduk lebih daripada pemaju.

Katanya, meskipun pada 2015, penduduk telah diminta memberikan pendapat berhubung pembangunan di kawasan itu, namun dalam tempoh tujuh tahun, situasi di kawasan berkenaan sudah berubah.

“Kalau pemaju ada peluang untuk ubah sesuatu perancangan, penduduk juga boleh diberi ruang kerana keadaan berbeza pada 2015.

“Kenapa kelebihan itu diberikan hanya kepada pemaju dan tidak kepada penduduk. Harap pihak ada polisi ambil kira perkara ini. Kalau pemaju diberi peluang ubah perancangan… permintaan penduduk juga harus diambil kira,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER