Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Harga Nasi Bujang Sekarang Dah Tak Berapa Nak ‘Bujang’ – Andre Lai

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 26 Sep – Pada 26 September 2022, kadar matawang Ringgit Malaysia (RM) kepada Dolar Amerika Syarikat (USD) telah menjunam sehingga RM4.59 berbanding USD1.00 yang sekali lagi merupakan rekod baharu sejak 24 tahun lalu atau lebih tepat lagi, Krisis Kewangan Asia 1998.

Pada masa sama, hari ini, sepinggan nasi bujang sudah pun berharga RM6.00, berbanding hanya sekitar RM3.00 dua tahun lepas. (Peningkatan 100 peratus)!

Harga makanan juga telah mencapai tahap membimbangkan setelah bermulanya wabak Covid 19 disebabkan isu rantaian bekalan yang semakin meningkat, konflik perang antara Rusia-Ukraine dan lonjakan kos tenaga dan logistik dijangka meningkat lagi dalam tempoh akan datang disebabkan oleh krisis perubahan iklim global yang semakin tidak menentu.


Menurut pakar ekonomi, perubahan cuaca yang melampau dijangka mengurangkan jumlah hasil tanaman di kawasan pertanian dengan ketara, yang akan membawa kepada lonjakan lagi dalam harga makanan, memberi lebih tekanan kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah.

Inflasi Malaysia, yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (CPI) terus meningkat kepada 4.7% mengikut tahun ke tahun (year-to-year) pada Ogos 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Walaupun kadar kenaikan harga makan di Malaysia tidak tinggi seperti di Eropah, namun perubahan yang mendadak mendatangkan rasa bimbang kepada kebanyakan masyarakat yang baru mula kembali kepada kehidupan masing-masing secara norma baharu setelah lebih dua tahun tersekat dalam keadaan pandemik.

Sebelum ini, saya tidak boleh katakan isu kenaikan harga makan sebagai krisis kerana Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) menafikannya. (menurut laporan di Bernama https://bernama.com/bm/news.php?id=2086208)


Genap enam bulan lalu, ketika kempen ‘Ayuh Malaysia’ dilancarkan pada 26 Mac, objektif penubuhannya telah menetapkan 5 teras dasar radikal, dengan salah satunya adalah jaminan makanan.

Ketika itu, Perang Rusia-Ukraine baru bermula dan belum lagi menjejaskan ekonomi negara. Namun tidak lama seelepas itu, penyakit inflasi kemudiannya bermula dan secara langsung telah menyebabkan kenaikan harga makanan asas seperti telur, beras dan daging.

Malangnya tiada usaha bersungguh-sungguh daripada kerajaan Ismail Sabri Yaakob secara agresif untuk membendung peningkatan harga makanan sebelum ia bermula, sebaliknya mereka masih lagi terawang-awang di ‘kayangan’ selepas kemenangan ‘besar’ PRN Johor juga pada Mac lalu.

Saya percaya ramai lagi yang masih ingat bagaimana Perdana Menteri Malaysia itu membuat keputusan ‘flip fop’ membenarkan harga terapung untuk bekalan daging, kemudiannya menetap harga siling dan selepas itu jawatankuasa jihad kononnya dibentuk membendung inflasi terhadap inflasi makanan ditubuhkan.

Akhirnya, jihad entah ke mana manakala rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga barang sehingga 22% sejak ringgit mula susut nilai daripada RM4.24 kepada RM4.60 kini.

Pada masa sama, kemerosotan ringgit ditambah dengan cukai duti import yang tinggi tambah memburukkan keadaan apabila terus meningkatkan harga makanan sama ada bahan mentah atau pun dimasak seolah-olah kewujudan pihak penguatkuasaan pihak KDPNHEP hanya membazirkan wang pembayar cukai iaitu rakyat Malaysia sendiri.

Malah di peringkat global, Program Makanan Sedunia (FAO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa perang berpanjangan di Ukraine terus mewujudkan krisis pertanian dan rantaian bekalan makanan yang tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia Kedua 1945.


Prospek ekonomi pada 2023 dijangka lebih mencabar kepada semua negara, mengikut pandangan pakar ekonomi terbesar didunia. Besar kemungkinan, kemelesetan ekonomi bakal berlaku dan Malaysia tidak terlepas daripada musibah ini.

Selama ini, Malaysia mengalih tumpuan ekonomi daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian dan justeru telah mengabaikan industri pertanian itu sendiri.

Manakala pada kiraan Global Food Security Index pula menempatkan Singapura di tangga ke-28 dan Malaysia berada di tangga ke-41. Mungkin nampak tidak banyak beza, tetapi Singapura merupakan sebuah negara pulau dengan sumber asli terhad tetapi dengan visi yang tersasar.

Agensi Makanan Singapura (Singapore Government Singapore Food Agency atau SFA) di bawah Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (Ministry of Sustainability and the Environment) berazam untuk mencapai 30% sara diri makanan menjelang 2030 sebagai satu langkah untuk mengurangkan import makanan asas dengan kaedah seperti pertanian bandar dan pembangunan industri makanan tempatan.

Banyak kajian kes yang boleh dirujuk dari kejayaan dari negara-negara lain. Antara inisiatif yang boleh pertimbangkan untuk meningkatkan daya saing industri pertanian tanah air adalah:

– Menyelaraskan penggunaan tanah yang efektif untuk tanaman makanan asas seperti beras dan gandum. Hasil pertanian semasa tidak mencukupi untuk populasi yang semakin meningkat dan terpaksa bergantung kepada makanan import.

– Merangsang perkembangan pertanian dengan kerjasama sektor swasta berpakar melalui insentif kerajaan.

– Menghapuskan monopoli import makanan kritikal seperti beras yang dikuasai BERNAS untuk menggalakan persaingan yang merangsang industri dengan persaingan harga kompetetif.

– Teknologi pertanian moden seperti tanama hidrofinik dan pertanian bandar wajar diberi perhatian.

– Pengagihan insentif berbentuk rangsangan menggalakkkan pertanian yang telus untuk petani dan bebas rasuah

– Undang-undang yang mensasarkan pengawalan harga makanan yang ketat untuk menstabilkan harga makanan (dan mengelakan peningkatan harga sebelum ia berlaku).

– Mamaksimumkan rangkaian internet sebagai satu pemacu pemasaran produk agro-tempatan melalui platform e-dagang seperti di China.

Punca utama kenaikan harga barang adalah kerana Malaysia mengimport lebih makanan daripada mengeksport. Mungkin ada di antara kita yang masih ingat, bahawa Malaysia merupakan sebuah negara pertanian satu masa ketika.


Di Parlimen Wangsa Maju, Jalan Gombak tidak lama dahulu mempunyai kawasan sawah padi yang luas, tetapi kini kebanyakan tanah telah menjadi tapak kondominium mewah. Hari ini, hampir kesemua jenis makanan asas telah diimport, termasuk beras dan cili.

Dianggar bahawa 2/3 keperluan cili di pasaran dibawa masuk dari negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Sekiranya negara yang mengutamakan industri pertanian seperti mereka terkesan akibat kegawatan ekonomi, apatah lagi negara kita?

Kita bakal melangkah ke tahun 2023 dalam keadaan nilai matawang yang semakin lemah berserta risiko kegawatan ekonomi yang semakin menjadi realiti.

Apakah yang dapat diharapkan dalam Belanjawan 2023 mungkin tidak dapat mengelakkan Malaysia daripada terjerumus kepada kemelesetan ekonomi. Projek jangka masa panjang perlu dirancang agar Malaysia dapat memberi focus terhadap pertumbuhan industri pertanian tempatan dan mengurangkan pergantungan terhadap makanan import.


Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mungkin telah merangka dasar jaminan keselamatan makanan, tetapi tahap perlaksanaan setakat ini masih dilihat seperti hanya batuk melepaskan tangga. Mungkin apa yang bermain dalam minda mereka di Putrajaya adalah bila PRU akan diadakan, bukannya menyelamatkan rakyat yang berisiko bakal kebuluran.

Walau bagaimanapun, satu pendekatan yang serius harus dipertimbangkan dalam masa terdekat. Malaysia telah lama terpinggir dalam arus teknologi pertanian terkini yang pada satu masa dahulu kita merupakan antara perintis paling dihormati.

Sudah sampai masanya untuk membawa kembali sektor pertanian sebagai tunjang dan meneruskan kelestarian ekonomi negara.

Andre Lai merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju serta penggerak utama Ayuh Malaysia Wangsa Maju. Pandangannya tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Media Rania.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan beliau adalah seorang daripada yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN merundingkan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER