Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

1MDB – Najib Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun Kerana RM2.08 Bilion!

KUALA LUMPUR 26 September 2022 - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyambung perbicaraan kes dana 1MDB, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 26 Sep – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, sejumlah RM2.08 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak melibatkan sembilan transaksi pada 2013.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi, 43, berkata, transaksi itu melibatkan wang di antara RM138 juta dan RM602 juta, 22 Mac dan 10 April 2013.

Pegawai kanan bank itu mengesahkan kemasukan wang ke dalam akaun AmIslamic Bank Berhad melalui penyata bertarikh 14 April 2013 yang dirujuk kepadanya ketika membacakan pernyataan saksi.

Menurut Uma Devi, sejumlah RM2.03 bilion kemudian dikeluarkan daripada akaun bekas Perdana Menteri empat bulan kemudian iaitu di antara 2 Ogos dan 23 Ogos 2013.

Saksi itu menyatakan, lima transaksi itu melibatkan nilai di antara RM181,830,000 dan RM652,600,000.

Dalam kenyataan pembukaan, pihak pendakwaan menyatakan, penerimaan wang RM2.08 bilion itu berkaitan dengan sembilan pertuduhan bagi kesalahan pengubahan wang haram.

Kenyataan itu menyatakan, di antara 2 Ogos dan 23 Ogos 2013, tertuduh memindahkan sejumlah RM2.03 bilion kepada Tanore Singapore.

Pada masa yang sama, tertuduh menggunakan baki RM22,649,000 untuk membayar empat entiti dan seorang individu yang mana pembayaran itu memberi manfaat kepada tertuduh.

Dalam keterangannya, Uma Devi berkata, penyata akaun peribadi Najib menunjukkan pengeluaran RM20 juta kepada UMNO.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan terhadap Najib, 69, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM 5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan beliau adalah seorang daripada yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN merundingkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – ‘Kepulangan’ Mohd Rafizi Ramli dalam gelanggang politik ternyata berbaloi apabila dilantik dalam Kabinet selepas Pakatan Harapan (PH)...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi ini, susulan pelantikan mereka ke dalam kabinet malam tadi....

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER