Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

‘Semua Yang Lawan PH Adalah Musuh Politik’

Kongsikan Artikel Ini

SHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata entiti PH akan bergerak dalam keadaan keadaan ada dengan ‘khemah sendiri’.

“Dalam PH memang jelas bahawa kita tidak akan mempunyai sebarang rundingan dengan mana-mana parti daripada PN,” katanya pada sidang media selepas Kongres Khas DAP 2022 di Pusat Konvensyen IDEAL di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya siapa musuh utama DAP, susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin yang mengisytihar Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama.

BERSATU pernah bersama PH pada PRU-14.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menyebut sama ada PH tersenarai sebagai ‘musuh politik’ PN ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun keenam BERSATU, semalam.

Loke menegaskan, mana-mana parti yang menentang PH dalam kerusi ditandingi pada PRU-15 secara automatik dianggap sebagai musuh politik dalam konteks persaingan.

Katanya, PH yang dianggotai empat parti iaitu DAP, KEADILAN, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan bersatu menentang pesaing dihadapi.

“Empat parti dalam PH akan bekerjasama dan menentang lawan kerana siapa yang bertanding menentang kita adalah musuh politik.

“Terpulang banyak mana yang nak berlawan, setiap parti yang masuk kawasan untuk bertanding itu sudah pasti adalah pesaing kita,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER