Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Russia Terus Bedil Ukraine Walau Ditekan PBB

Kongsikan Artikel Ini

KYIV, 25 Sep – Ukraine dan Russia saling tuduh menuduh mengenai serangan ke atas orang awam di selatan Ukraine, ketika Russia terus berusaha untuk meningkatkan bantuan ketenteraannya dan jangkaan untuk menakluk wilayah yang dirampas tentera mereka.

Ukraine dan negara barat menyifatkan referendum untuk menyertai Russia di wilayah yang sudah ditawannya adalah palsu yang direka untuk mewajarkan pencerobohan mereka dan meningkatkan permusuhan dengan tentera.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan media dunia semalam, menjelaskan serangan Russia ke atas jirannya sebagai terhad kepada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara di bawah pengaruhnya.

Hampir tiga perempat negara dalam perhimpunan itu mengundi untuk membantah Russia dan menuntut mereka mengundurkan tenteranya sejurus selepas pencerobohan 24 Februari yang dipanggil Russia sebagai operasi ketenteraan khas.

Kempen ketenteraan Russia itu sudah membunuh puluhan ribu mangsa, menyebabkan beberapa bandar Ukraine terbiar dan mencetuskan konfrontasi terbesar Russia dengan barat sejak Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962.

Tentera Ukraine hari ini menyatakan, tentera Russia sudah melancarkan berpuluh-puluh serangan peluru berpandu dan serangan udara ke atas sasaran tentera dan awam, termasuk 35 penempatan, dalam tempoh 24 jam ini.

Katanya, Russia juga menggunakan dron untuk menyerang pusat bandar selatan Odesa, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Russia pula menafikan serangan menyasarkan orang awam.

Agensi berita negara, RIA melaporkan tentera Ukraine mengebom sebuah hotel di bandar Kherson, membunuh dua orang.

Tentera Russia dikesan sudah menduduki bandar selatan sejak hari-hari awal pencerobohan.

Referundum untuk menjadi sebahagian daripada wilayah Russia diatur dengan tergesa-gesa selepas Ukraine menawan semula kawasan besar di timur laut dalam serangan balas bulan ini.

Pegawai Ukraine berkata, orang ramai dilarang meninggalkan beberapa kawasan didiami sehingga pengundian referundum empat hari tamat, selepas kumpulan bersenjata masuk ke rumah dan pekerja pula diugut untuk dipecat jika mereka tidak mengambil bahagian.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata referundum itu akan ditentang tegas oleh dunia, bersama-sama dengan mobilisasi Russia bermula minggu ini, termasuk di Crimea dan kawasan lain di Ukraine yang diduduki mereka.

Russia berpendapat bahawa referendum itu menawarkan peluang kepada orang di wilayah terbabit untuk menyatakan pandangan mereka.

Lavrov, dalam sidang media selepas ucapannya kepada perhimpunan di New York, berkata wilayah di mana pengundian sedang dijalankan akan berada di bawah perlindungan penuh Moscow.

Ditanya sama ada Russia mempunyai alasan menggunakan senjata nuklear untuk mempertahankan wilayah dirampasnya di Ukraine, Lavrov berkata, wilayah Russia, termasuk wilayah yang masih termaktub dalam perlembagaan Russia pada masa depan, masih di bawah perlindungan penuh negara.

“Semua undang-undang, doktrin, konsep dan strategi Persekutuan Russia terpakai kepada semua wilayahnya,” katanya turut merujuk khusus kepada doktrin Russia mengenai penggunaan senjata nuklear.

– REUTERS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSHANGHAI, 1 Dis – Dua bandar terbesar China, Guangzhou dan Chongqing, mengumumkan pelonggaran sekatan pergerakan COVID-19 bermula semalam. Ini dibuat sehari selepas...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 30 Nov – Jepun merancang membeli sehingga 500 peluru berpandu krus Tomahawk AS sehingga tahun fiskal 2027 bagi meningkatkan keupayaan serangan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER