Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Parti Muda Tidak Bawa Nilai Kepada PH – William Leong

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan Harapan (PH) menerima Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan ahli PH perlu memberi laluan kepada parti baharu itu pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

William Leong berkata, sukar untuk meyakinkan akar umbi, yang telah bekerja tanpa lelah di lapangan, untuk menyerahkan kawasan pilihan raya kepada Muda.

“Akar umbi telah bekerja sejak hari kami ditubuhkan dan mereka boleh dikatakan telah membina asas (kami),” kata bendahari parti itu kepada FMT dalam satu wawancara.

“Sangat sukar untuk meyakinkan akar umbi saya untuk menyerahkan hasil usaha mereka dan melihat orang lain menuai hasilnya.”

Dengan PRU semakin hampir, Leong berkata, ini bukan masanya untuk akar umbi menjadi lemah semangat.

Leong berkata, gabungan itu serupa dengan suatu usaha sama, dengan setiap komponen membawa nilai masing-masing, terutamanya dalam rundingan kerusi.

Untuk sebuah parti mendapatkan kerusi, Ahli Parlimen Selayang itu berkata, ada parti lain yang terpaksa melepaskannya.

“Persoalan yang perlu dijawab adalah apa nilai yang boleh ditambah Muda jika mereka mahu menuntut untuk bertanding di kawasan yang sebelum ini dimenangi parti komponen lain?”

Merujuk kepada keputusan pilihan raya negeri (PRN) Johor, Leong berhujah bahawa Muda tidak akan membawa sebarang nilai yang signifikan.

Beliau juga mempersoalkan keperluan untuk menerima Muda, sebuah parti berasaskan belia, sedangkan setiap komponen PH mempunyai sayap belia masing-masing.

“Mengapa mahu tambah sesakkan lapangan?”

PH telah membentuk jawatankuasa untuk mengadakan perbincangan dengan Muda mengenai permohonannya menyertai gabungan itu. Parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu memohon untuk menyertai PH awal bulan ini.

DAP dan rakan komponennya, KEADILAN bercanggah pendapat tentang sama ada hendak menerima Muda masuk ke dalam gabungan itu atau tidak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER