Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

‘Ketua PH Dulu Bukan Reformis, Sukar Buat Perubahan’ – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah Mahathir Mohamad kerana ia diketuai seorang pemimpin ‘bukan reformis’ dan tidak berminat melakukan perubahan.

Anwar berkata, situasi itu dapat dilihat selepas beberapa bulan gabungan itu mentadbir, politik Malaysia kembali kepada isu perkauman yang bertentangan dengan perjuangan PH yang membela rakyat berbilang kaum.

Beliau menjelaskan, perkara itu dapat dilihat melalui tindakan Mahathir mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa menteri dan pemimpin Melayu.

“Benar kerajaan PH dalam masa 22 bulan tidak benar-benar bersedia tetapi masalah utama kerana diketuai oleh seorang yang bukan reformis.

“Dan selepas beberapa bulan ia terbukti, dia (Mahathir) sebahagian daripada konspirasi mengembalikan isu perkauman termasuk (melalui) Kongres Kebangkitan Melayu.

“Kita cuba untuk melakukan perubahan tetapi sukar kerana yang mengetuai kerajaan ketika itu tidak komited,” katanya dalam satu sidang media di Bangkok sempena lawatan kerjanya sebagai Ketua Pembangkang ke Thailand, baru-baru ini.

Anwar yang juga Pengerusi PH menjelaskan walaupun beliau memperjuangkan kepentingan hak orang Melayu tidak bermakna hak kaum lain di Malaysia perlu diabaikan.

Katanya, prinsipnya tetap sama iaitu ketika kepentingan orang Melayu perlu dijaga dan dipertahankan, kaum lain tidak boleh disisihkan.

Beliau menyatakan Mahathir pernah ditanya kenapa tidak menyerahkan kuasa kepadanya sebagaimana dijanjikan, bekas Perdana Menteri ketujuh itu menyatakan Anwar tidak layak kerana tidak mewakili parti orang Melayu sebaliknya mengetuai pelbagai bangsa.

“Mahathir menyatakan hanya mereka yang mewakili parti majoriti Melayu yang layak menjadi Perdana Menteri dan apabila saya menyatakan parti saya disertai majoriti Melayu sebagai ahli ia tidak dapat diterima.

Ditanya peluang untuk PH memenangi pilihan raya umum akan datang, memandangkan Mahathir tidak lagi bersama gabungan itu, beliau kekal optimis peluang PH menjelang PRU15 dengan mengambil kira pertikaian dalam gabungan yang memerintah kini berikutan perbezaan pandangan antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Presiden BERSATU yang juga bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER