Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Isu HRC Jadi Bukti Umno Kurang Cerdik Di Mata Rakyat

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 24 Sep – Anwar Ibrahim menempelak penyokong Najib Razak kerana menyamakan rawatannya ketika di penjara dengan bekas perdana menteri itu.

Pada sidang akhbar di Bangkok pada Jumaat, Anwar berkata dia hanya diberi akses kepada kemudahan rehabilitasi susulan pembedahan di bahunya selepas dikurung lebih 10 tahun.

Katanya, keadaan ketika itu sama sekali berbeza berbanding dengan Najib, yang dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) lima hari lalu, tidak hampir sebulan selepas dia memulakan hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

“Ada yang kata Anwar pun tinggal di pusat rehabilitasi … Pertama, saya hanya diberi kemudahan itu di pusat rehabilitasi selepas dikurung lebih 10 tahun di penjara.

“Kedua, saya hanya dihantar ke pusat rehabilitasi selepas pembedahan bahu, maka saya diberikan (kemudahan) itu,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) di Bangkok.

Pengerusi Pakatan Harapan itu menjawab soalan media mengenai kontroversi yang menyelubungi hukuman penjara Najib yang didakwa diberikan layanan istimewa.

“Jadi, jangan bandingkan pengalaman saya dengan Najib. Jika dia mahu dilayan dengan cara yang sama, jalani dahulu hukuman penjara 10 tahun, kemudian baru dihantar ke pusat rehabilitasi, jika ada pembedahan,” katanya.

Najib dihantar ke penjara pada 23 Ogos selepas mahkamah persekutuan mengekalkan sabitan kesalahannya dalam tujuh peruduhan rasuah yang berkaitan dengan penyelwengan dana SRC International.

Bekas perdana telah berulang alik masuk dan keluar dari hospital sejak dihantar ke penjara. Dua minggu lalu, Najib dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) atas alasan ulser perut – yang menurut keluarganya adalah akibat tekanan yang dihadapinya.

Dia kemudian dibenarkan keluar tetapi dimasukkan semula ke HKL minggu lalu selepas mengadu mempunyai masalah tekanan darah.

Jabatan Penjara pada Rabu lalu mengesahkan bahawa Najib telah dipindahkan ke HRC pada Isnin tetapi berkata bahawa dia akan dihantar kembali ke penjara Kajang setelah diberi pelepasan perubatan.

KKM tidak mendedahkan butiran mengapa Najib terpaksa dimasukkan ke HRC, atas alasan terikat dengan etika yang ditetapkan.

Pada sidang akhbar semalam, Anwar berkata dia sebenarnya tidak mahu campur tangan dalam kes Najib, tetapi terpanggil untuk memberikan respons.

Ini kerana ramai yang membuat perbandingan antara layanan yang diterimanya berbanding Najib dengan Anwar sendiri pernah dihantar ke HRC semasa menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwatnya.

Anwar berkata beliau juga tidak mahu pemindahan Najib dari HKL itu menjadi isu sekiranya doktor memang mendapati bekas perdana menteri itu tidak sihat.

“Ada beberapa isu kemanusiaan yang terlibat, jika dia benar -benar sakit, dan doktor mengesahkan dia tidak sihat, saya tidak mahu ini menjadi isu.

“Saya mengulas kerana ada yang cenderung berkata mengapa Najib tidak boleh dihantar ke pusat rehabilitasi sedangkan Anwar diberi rawatan yang sama.

“Mengarut,” katanya.

Rakyat mendesak kerajaan melaksanakan ketelusan dalam tindakan ke atas Najib kerana ia turut melibatkan integriti dan imej negara setelah rosak teruk apabila Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – Sebagai tindak balas untuk mempertahankan Najib Razak yang kini disahkan dirawat di Pusat Rehabilitasi Cheras atau HRC, media...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 – 𝗗𝗪𝗜𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝟱𝗚 – 𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗜𝗻𝘁𝗶𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Sep – Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 20 Sep – Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 akan bermula pada Isnin 03 Oktober 2022 hingga 29 November 2022. Mesyuarat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER