Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Betulkah Johnny Depp ‘Skandal’ Dengan Isteri Orang?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 24 Sep – Bintang kontroversi Hollywood, Johnny Depp, 59, kini dilaporkan menjalinkan hubungan cinta bersama bekas peguamnya, Joelle Rich.

Mengikut laporan E! News, Rich adalah peguam berpangkalan di London mewakili Depp dalam tuntutan kes fitnah terhadap The Sun di mahkamah di United Kingdom.

Rich sebahagian pasukan undang-undang Depp apabila memfailkan saman terhadap tabloid Britain pada 2018 kerana melabelnya sebagai kaki pukul isteri yang merujuk kepada perkahwinannya dengan bekas isteri, Amber Heard.

Bagaimanapun, Rich bukan sebahagian pasukan undang-undang dalam perbicaraan fitnah terhadap Heard di Mahkamah Circuit di Fairfax Country di Virginia, Amerika Syarikat (AS), awal tahun ini.

Walaupun Rich tidak berada dalam pasukan itu, Rich menunjukkan sokongan terhadap Depp dengan hadir beberapa perbicaraan di mahkamah.

Rich mewakili Depp dalam tuntutan kes fitnah terhadap tabloid The Sun di mahkamah di United Kingdom pada 2018. – Foto AGENSI
Rich mewakili Depp dalam tuntutan kes fitnah terhadap tabloid The Sun di mahkamah di United Kingdom pada 2018. – Foto AGENSI
Pada 3 Mei, Rich dilihat di luar mahkamah di Virginia berpelukan dengan Camille Vasquez, peguam yang mewakili Depp ketika perbicaraan.

Dua minggu kemudian, Rich dilihat berada dalam mahkamah. Meskipun begitu, belum ada kepastian sejak bila Rich dan Depp menjalinkan hubungan cinta.

Rich yang juga ibu kepada dua cahaya mata kini dalam proses bercerai bersama suami, Jonathan Rich yang dikahwini pada Julai 2011.

Sebelum itu, bintang filem Pirates of The Caribbean itu sempat digosipkan menjalinkan hubungan dengan Camille Vasquez.

Berikutan itu, tak ramai menyedari kehadiran Rich sebagai pendamping Depp. Peminat dan pengikut Depp lebih mengenali Camille Vasquez sebagai peguam dijodohkan dengan Depp.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniCHICAGO, 15 Sep – Penyanyi R&B, R Kelly didapati bersalah di mahkamah Chicago semalam atas beberapa tuduhan berkaitan dengan pornografi kanak-kanak. Kelly,...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 14 Sep – Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniALOR SETAR, 10 Ogos – Gambar wanita yang tular berpakaian mencolok mata pada Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) di Aman Central baru-baru...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 9 Ogos – Pelakon yang terkenal menerusi filem muzikal Grease, Olivia Newton-John meninggal dunia pada Isnin. Mendiang menghembuskan nafas terakhir...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER