Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

‘Rundingan’ Dengan Muda – Rafizi Akan Jelaskan

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 22 Sep – Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli akan menjelaskan pendirian parti itu berkaitan persetujuan untuk melakukan ‘rundingan’ dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Rafizi, beliau tidak hadir mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung semalam yang membincangkan kerjasama dengan Muda kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun Rafizi telah berbincang lebih awal dengan Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim mengenai isu itu.

“Saya di luar negara dan tak hadir Majlis Presiden semalam. Tapi sudah bincang isu ini dengan saudara @anwaribrahim.

“Insya-Allah saya terangkan kenapa kami ambil pendirian perlu lalui satu proses penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian. Wakil KEADILAN dalam jawatankuasa @niknazmi. Trust the process,” kata Rafizi di Twitter.

Beliau memberi reaksi balas terhadap seorang pengguna Twitter bernama Ruzman yang mempersoalkan mengapa Timbalan Presiden KEADILAN itu berdiam diri selepas Majlis Presiden PH bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan Muda.

Menurut Ruzman, segala perancangan yang dibuat telah sempurna tetapi tergendala disebabkan ‘pelobi’ dari parti Amanah dan DAP.

“Hilang terus @rafiziramli. Kesian. Pelan sudah buat cantik. Tergendala kerana b*bi pelobi @PartiAmanah dan b*bi pelobi @dapmalaysia. Si*l,” ciap Ruzman sambil berkongsi laporan berita bertajuk ‘PH tubuh jawatankuasa runding dengan Muda, PSM.

Majlis Presiden PH semalam bersetuju untuk membentuk satu jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dengan parti itu dan PSM.

Ia berhubung permohonan parti dari serpihan Armada Bersatu untuk menyertai PH serta hasrat PSM untuk bekerjasama dengan gabungan itu secara rasmi.

“Majlis Presiden PH dalam mesyuarat hari ini telah meneliti dan membincangkan permohonan keanggotaan Muda serta hasrat PSM untuk bekerjasama secara rasmi.

“Oleh itu, Majlis Presiden hari ini bersetuju membentuk satu jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dengan Muda dan PSM. Jawatankuasa ini dianggotai oleh seorang wakil dari setiap parti komponen PH,” kata Majlis presiden PH dalam kenyataan.

Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mewakili parti itu dalam proses rundingan dengan Muda dan PSM.

Beberapa pemimpin KEADILAN sebelum ini menolak kerjasama dengan MUDA selepas parti itu meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu.

Malah Anwar dilaporkan berkata, sebarang keputusan berhubung penyertaan parti baru perlu dinilai secara menyeluruh bagi mengelakkan pengkhianatan seperti yang dilakukan Bersatu berulang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER