Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Ringgit Terus Menjunam Ke Paras Terendah, Kini RM4.564

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 21 Sep – Nilai ringgit terus menyaksikan aliran menjunam apabila mencatat paras terendah sepanjang masa berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan pagi Rabu, mencecah paras 4.5600 berikutan harga minyak yang lebih rendah selain pengukuhan dolar AS, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5640/5680 berbanding dolar AS daripada 4.5585/5595 pada penutup semalam.

Ketika ini, penanda aras harga minyak mentah Brent jatuh 0.29 peratus kepada US$90.36 setong.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata nilai dolar AS kekal menggalakkan dengan jangkaan keputusan kenaikan kadar faedah oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) di Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

Beliau menambah jangkaan pasaran ialah kadar faedah akan dinaikkan sebanyak 75 mata asas kepada 3.25 peratus setahun.

“Sekiranya ramalan ini terbukti betul, kemungkinan dolar akan turun sedikit berbanding ringgit pada mulanya, memandangkan pasaran telah pun mengambil kira senario ini.

“Sebaliknya, jika Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah lebih daripada jangkaan kepada 3.5 peratus setahun, dolar boleh meneruskan pergerakan menaiknya berbanding ringgit ke arah paras 4.6000,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1758/1788 daripada 3.1725/1734 pada penutup semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2357/2388 daripada 3.2341/2353 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.1893/1938 daripada 5.2049/2060 pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.5462/5502 daripada 4.5608/5618 sebelumnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER