Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Zahid Terus Terima Kecaman Pemimpin Pakatan Harapan

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 19 Sep – Kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, pembangkang membantah pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan pada musim tengkujuh kerana takut akan kalah, terus menerima kecaman pelbagai pihak, termasuk pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Ketika melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN Sabtu lalu, Zahid dilaporkan berkata, gabungan itu sanggup meredah banjir untuk berkempen, jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh. Kenyataan itu kemudian dikritik pemimpin PH yang menyifatkan ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Zahid dalam catatan Facebook hari ini berkata, oleh itu pembangkang kononnya menghasut rakyat akan terdedah kepada banjir jika PRU15 diadakan tahun ini.

“Mereka lupa bekas PM terakhir mereka, Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah mengadakan PRU pada November 1999, tak pula jadi isu besar.

“Terbaharu, tahun lepas, PRN Sarawak diadakan pada 18 Dis 2021. Pembangkang pula tewas teruk.

“Ternyata pembangkang sebenarnya takut mereka kalah kerana kepercayaan terhadap PH hilang apabila Dr Mahathir Mohamad tak mahu serah jawatan kepada Anwar Ibrahim, selain manifesto mereka gagal dilaksanakan.”

Oleh itu, katanya, pembangkang memerlukan masa untuk menghasut rakyat agar tidak mengundi BN, dengan jelajah PH masih “sekerat jalan” dan dijangka berakhir Februari depan.

“BN tidak akan memberikan hayat politik terhadap PH dan musuh BN untuk memberikan mereka kelebihan menyelesaikan jelajah memburukkan BN hingga ke tahun depan.”

Terdahulu, Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengkritik Zahid atas kenyataannya mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh, dengan berkata presiden Umno itu tidak peka dengan masalah mangsa banjir.

Banjir yang melanda negara pada akhir tahun lalu meragut 55 nyawa, dengan lebih 500,000 orang hilang tempat tinggal.

Kerugian akibat infrastruktur awam, rumah dan pertanian yang musnah mencecah lebih RM6 bilion.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan musim tengkujuh bermula November dan berterusan hingga Mac depan.

Ini jelas membuktikan ‘kluster mahkamah’ seperti Zahid amat takut dengan bayang-bayang sendiri seolah tidak peduli dengan kesusahan rakyat selain cukup takut nasibnya sama seperti bekas perdana menteri, Najib Razak yang kini menjadi banduan tetap Penjara Kajang.

‘Top 5’ Umno dijangka akan bermesyuarat pada 30 September ini bagi menentukan ‘tarikh PRU-15’ untuk memaksa Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menasihati Baginda Tuanku membubarkan parlimen ke-14 seawal pertengahan Oktober tahun ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER