Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Hormati Proses Rundingan Kerusi – Naib Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu

Kongsikan Artikel Ini

KENYATAAN MEDIA

Berkaitan tular satu video yang terdapat ucapan wakil Kelantan dalam Kongres Pemuda Amanah Nasional baru baru ini mengumumkan Sdr Hazmi Hassan sebagai calon DUN Kota Lama tidak sepatutnya berlaku memandangkan proses rundingan kerusi masih berjalan.

Naib Ketua Cabang Keadilan Kota Bharu, Sdr Muhd Hafiz Bin Muhd Kasasi terkejut dengan tindakan gopoh pemuda Amanah mengumumkan perkara tersebut jelas melangkaui proses rundingan yang sedang berlaku. Sepatutnya mereka menghormati pimpinan masing-masing yang jelas mereka tahu proses rundingan sedang berlaku dengan baik. Lagi pun Sdr Hazmi selaku Ketua Pemuda Amanah pun terlibat sama dalam rundingan tersebut.

Dalam menghormati keharmonian dalam Pakatan Harapan sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Dalam sengaja atau tidak sengaja Pemuda Amanah sepatutnya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku pada PRU14 demi kemenangan bersama pada PRU 15 nanti. Lebih-lebih lagi kerusi tersebut berlaku pertindihan semasa rundingan. Dalam menuju PRU 15 yang dijangka berlaku dalam masa terdekat menjadi keutamaan bersama dalam menjaga keharmonian sesama rakan komponen parti Pakatan Harapan.

Rakyat meletakkan harapan yang besar demi mengubah kepimpinan kerajaan yang sedia ada dan tidak lagi mahu berlaku pengkhianatan berulang sama seperti Langkah Sheraton jelasnya lagi.

MUHD HAFIZ MUHD KASASI
NAIB KETUA CABANG
KEADILAN KOTA BHARU

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER