Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Nurul Izzah Harap Kekal Di Permatang Pauh

Kongsikan Artikel Ini

GEORGE TOWN, 18 Sep – Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyuarakan hasrat mahu kekal bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

“Saya bukan pemutus kata walaupun hati ini memang teringin (kekal bertanding kerusi Permatang Pauh).

“Sebagai seorang askar dalam parti, saya berharap tidak akan digugurkan daripada menjadi calon dan diberikan kerusi sebagaimana yang dipohonkan hati iaitu Permatang Pauh,” katanya dalam satu sidang media sebelum merasmikan sesi dialog bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sini hari ini.

Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis, Kedah dan Pulau Pinang itu berkata, pimpinan Pakatan Harapan telah menetapkan 20 September untuk membincangkan soal persediaan PRU15 seperti pembahagian kerusi dan calon, yang diharapkan boleh selesai sebelum Oktober.

– Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER