Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Remaja Rohingya Maut Terkena Peluru Mortar Junta Myanmar

Kongsikan Artikel Ini

DHAKA, 17 Sep – Seorang remaja lelaki Rohingya maut, manakala sekurang-kurangnya enam lagi cedera apabila peluru mortar dilepaskan dari Myanmar meletup di Bangladesh dalam siri insiden keganasan terbaru, kata pegawai dan pemimpin Rohingya.

Pemimpin Rohingya, berkata remaja berusia 15 tahun terbunuh dekat suatu lokasi sunyi di sempadan Myanmar-Bangladesh yang dianggarkan didiami 4,000 Rohingya, petang semalam.

“Kami tinggal di sini dalam ketakutan berterusan. Bila-bila masa sebarang malapetaka boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi Reuters.

Sementara itu, pegawai kerajaan Bangladesh dan pegawai pengawal sempadan, berkata bantahan akan dibuat kepada Myanmar berhubung insiden itu.

Bangladesh dalam kenyataan bulan ini, menyuarakan ‘kebimbangan mendalam terhadap peluru mortar yang jatuh di wilayahnya serta tembakan udara di kawasan sempadan dan pelanggaran ruang udara dari Myanmar’.

Lebih sejuta etnik Rohingya tinggal di kem di selatan Bangladesh yang terdiri daripada penempatan pelarian terbesar di dunia dengan sebahagian besarnya melarikan diri dari Myanmar ketika tindakan keras tentera pada 2017.

Etnik Rohingya terperangkap dalam pertempuran antara tentera Myanmar dan Arakan, sebuah kumpulan bersenjata yang berjuang untuk menentukan nasib sendiri bagi etnik minoriti di Rakhine.

Duta Myanmar di Dhaka sudah tiga kali dipanggil dalam beberapa minggu lalu untuk menyampaikan kebimbangan itu.

– REUTERS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER