Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

TERKINI – Pulau Pinang Tarik Balik Darjah Kebesaran Najib

Kongsikan Artikel Ini

GEORGE TOWN, 15 Sep – Selepas Selangor, Kerajaan Pulau Pinang pula menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Penarikan pingat yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada 2009 itu berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Pulau Pinang, Mohd Zakuan Zakaria memaklumkan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju kerajaan negeri membatalkan darjah kebesaran Najib itu.

Ia ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.

“Najib telah dikurniakan Keahlian Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama pada tahun 2009.

“Berdasarkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama adalah dibatalkan dan dimansuhkan berkuat kuasa pada 15 September 2022.

“Pembatalan dan pemansuhan Keahlian ini adalah selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 6 dan 8 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta Peraturan 18 Statut Darjah Pangkuan Negeri 2011,” kata satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, pada 12 September lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri yang dikurniakan kepada Najib pada 1992 dan 2004.

Bagaimanapun, Najib masih lagi mempunyai gelaran Datuk Seri dari beberapa negeri lain iaitu, Pahang, Perak, Melaka, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER