Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Penyanyi R Kelly Bersalah Atas Enam Tuduhan

Kongsikan Artikel Ini

CHICAGO, 15 Sep – Penyanyi R&B, R Kelly didapati bersalah di mahkamah Chicago semalam atas beberapa tuduhan berkaitan dengan pornografi kanak-kanak.

Kelly, atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly, didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, pembikinan filem lucah membabitkan kanak-kanak serta tuduhan menyembunyikan kesalahan itu.

Bagaimanapun penyanyi berusia 55 tahun itu didapati tidak bersalah atas tujuh tuduhan lain.

Kelly adalah antara individu paling menonjol yang didapati bersalah atas tuduhan penderaan seksual semasa pergerakan #MeToo baru-baru ini.

Sepanjang perbicaraan lima minggu itu, beberapa wanita memberitahu panel juri mereka telah didera secara seksual oleh Kelly semasa mereka kanak-kanak.

Jun lalu, Kelly dihukum penjara 30 tahun susulan sabitan berkaitan kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan wanita di mahkamah New York.

Dia dituduh menggunakan status selebritinya untuk mengumpan wanita menjadi mangsa.

Kelly juga bakal menghadapi tuduhan di beberapa negeri lain termasuk Illinois dan Minnesota.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 28 Jan – Seorang jeneral Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) yang bertaraf empat bintang memberi amaran mengenai konflik dengan China seawal...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 27 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 26 Jan – Beberapa dokumen sulit dilaporkan ditemukan di kediaman bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence di Indiana, minggu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLOS ANGELES, 26 Jan – Beribu-ribu pengguna media sosial Meta Platforms di Amerika Syarikat (AS) mengalami gangguan pada Rabu, menurut laporan media....

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER