Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Perlukah PH Terima Muda?

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 14 Sep – Selepas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) membuat permohonan menyertai Pakatan Harapan (PH), pelbagai persepsi timbul dari akar umbi PH terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Walaupun sentimen tersebut bersifat negatif terhadap Muda terutamanya dari Angkatan Muda KEADILAN (AMK,), ada juga pimpinan daripada parti dalam PH cuba mempertahankan Muda.

Oleh yang demikian, Majlis Presiden PH perlu membuat keputusan secara konsensus berkaitan dengan permohonan Muda ini.

Ada beberapa pandangan saya terhadap isu ini:

1. Parti Muda sebenarnya mahu bekerjasama dengan siapa?
Parti Muda harus menyatakan dengan siapa mereka ingin bekerjasama dalam PRU. Parti Muda juga menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Parti Warisan. Hal ini diketahui umum bahawa Parti Warisan bukan lagi dari jalur PH. Parti Muda juga harus menyatakan pendirian rasmi secara terus-terang bahawa mereka bukan pendokong Gerakan Tanah Air (GTA) yang diketuai oleh Tun Mahathir.

2. Parti Muda harus lebih memahami politik dan berorganisasi dengan baik
Sebuah parti politik yang baik bukan sahaja menyatakan ideologi mereka semata mata malahan perlu menjaga tatasusila semasa berorganisasi. Tatasusila berorganisasi penting supaya setiap pekara perlulah dijelaskan bersama-sama melalui rundingan di peringkat tertinggi kepada akar umbi. Contohnya, semasa PRN Johor dan Melaka, tular gambar berbentuk provokasi disiarkan oleh pimpinan tertinggi parti Muda yang menunjukkan PH dan KEADILAN terlibat dengan rasuah. Hal yang seperti ini perlu diambil kira oleh MUDA jika ingin bergabung dalam PH. Pimpinan MUDA perlulah menjaga sensitiviti parti-parti lain dalam PH bukanya bersikap oportunis.


3. Majlis Presiden PH perlu meneliti berdasarkan data dan bukan sentimen
Sebelum PRU ke14, PH menerima PPBM (Bersatu) bersama dalam gabungan PH manakala Parti Warisan pula hanya berkoloborasi dengan PH di pilihan raya sahaja atau dipanggil PH Plus. Kedua-dua gabungan ini sememangnya berjaya dalam PRU 14 tetapi akhirnya Warisan meninggalkan mereka PH. Hal seperti ini perlu diteliti agar setiap parti yang ingin bergabung dengan PH bukan parti yang hanya untuk memenangi pilihan raya tetapi mempunyai esprit de corps sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. Kedua-dua parti ini adalah parti baru ditubuhkan demi kelangsungan politik beberapa individu tertentu sahaja. Ideologi dan prinsip mereka hanyalah untuk menumbangkan lawan politik mereka sahaja. Oleh itu, selepas menang PRU mereka mudah untuk menarik sokongan kerana ketidakpastian prinsip sebenar mereka menubuhkan parti baru.

4. Majlis Presiden perlu menumpukan undi orang muda bukan parti yang berasaskan orang muda
Data menunjukkan orang muda yang tidak keluar mengundi semasa di PRN Johor dan Melaka menyebabkan PH kalah teruk. PH perlu menggerakkan usaha sayap-sayap pemuda dalam setiap parti ke tahap yang optimum melebihi PRU 14. Pemuda PH perlu diutamakan berbanding dengan menerima Muda sebagai gabungan dalam PH. Walaupun Muda bukanlah parti yang hanya untuk orang muda sahaja tetapi produk yang banyak mereka usahakan ialah lebih kepada orang muda. Jika Muda bergabung dengan PH, makanya suara pemuda PH hanyalah secubit berbanding dengan Muda yang boleh bersuara di dalam Majlis Presiden. Usaha ini juga seperti mengecilkan pimpinan muda di dalam parti yang sedia ada.

5. Membina kekuatan dalaman
PH perlu membina kekuatan dalaman bersama-sama keempat-empat parti yang ada di dalam PH. Selepas perubahan Langkah Sheraton, pelbagai gabungan dan parti politik ditubuhkan. Dalam perubahan inilah, PH perlu membina kekuatan dalaman berdepan dengan rakyat dan lawan bukan menerima atau menumpang kekuatan parti atau gabungan yang lain di negara ini. Kekuatan dalaman juga dibina dengan semangat esprit de corps yang tinggi oleh kesemua sayap-sayap di dalam PH. Khemah besar perlu dinilai sama ada relevan atau tidak dalam politik baru masa ini.

Terpulang kepada PH untuk mempertimbangkan hujah-hujah di atas sebelum keputusan akhir terletak di tangan pengundi sama ada mahu menerima PH dan Muda atau PH tanpa Muda.

– Jame Stephen merupakan aktivis Bintulu yang mengupas isu tempatan dan nasional berpusat di Sarawak. Pandangan beliau tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Media Rania

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 24 Sep – Anwar Ibrahim menempelak penyokong Najib Razak kerana menyamakan rawatannya ketika di penjara dengan bekas perdana menteri itu. Pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – Sebagai tindak balas untuk mempertahankan Najib Razak yang kini disahkan dirawat di Pusat Rehabilitasi Cheras atau HRC, media...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 – 𝗗𝗪𝗜𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝟱𝗚 – 𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗜𝗻𝘁𝗶𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Sep – Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER