KUALA LUMPUR, 14 Sep – Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada Rabu.
Perkhabaran sedih itu dimaklumkan rakan artis allahyarham, DJ Dave yang turut berdukacita atas pemergian insan seni kira-kira jam 2.20 petang tadi.
“Ya, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 2.20 petang tadi. Dia terjatuh selepas menjalani pembedahan malam tadi.
“Allahyarham dimasukkan ke hospital tiga hari lepas. Sekarang kami sedang menunggu proses pengurusan jenazah,” katanya.
Sementara itu, pelakon, Lizawati Hamdan yang berada di IJN dan turut mengesahkan perkara terbabit.
“Saya baru melihat jenazahnya sebentar tadi. Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kematiannya akibat masalah jantung,” katanya.
Aman Shah pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari.
Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.