Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

600 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Batu Pahat

Kongsikan Artikel Ini

SRI GADING, 14 Sep – Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading dekat sini bagi menempatkan 600 mangsa banjir daripada 190 keluarga, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, banjir melanda empat kawasan iaitu di Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading dan Pekan Seri Gading.

“Kejadian berlaku susulan hujan lebat hari ini pada 1.30 pagi sehingga 5.30 pagi dan bertembung dengan fenomena air pasang besar yang bermula pada 3 pagi.

“Kejadian ini menyebabkan kawasan tanah rendah dinaiki air,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail berkata, pada awalnya PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gading, namun telah mula dinaiki air banjir dan kemudiannya dipindahkan ke SMK Seri Gading.

“Usaha membantu memindah mangsa sedang dijalankan.

“Sehingga kini jalan-jalan utama yang menghubungi daerah Batu Pahat dengan lain-lain daerah, masih lagi boleh dilalui oleh semua kenderaan,” katanya.

Katanya, operasi menyelamat telah disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dengan keanggotaan seramai 25 orang terdiri dari pegawai dan anggota.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER