Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

‘Nak Mohon Biasiswa Tapi Kena Hantar Gambar Bogel Dulu’

Kongsikan Artikel Ini

BATU PAHAT, 13 Sep – Pelik apabila syarat memohon biasiswa mesti menghantar gambar bogel tetapi itu yang berlaku ke atas seorang gadis apabila dia menjadi mangsa ugutan ejen tawaran biasiswa palsu.

Pembantu kedai berusia 19 tahun itu diugut video bogel akan disebarkan sekiranya tidak memasukkan RM1,000 ke dalam akaun bank seorang lelaki selepas membuat permohonan biasiswa itu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, terdahulu mangsa berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi Telegram yang menawarkan biasiswa untuk mangsa melanjutkan pelajaran.

Katanya, sebagai syarat permohonan mangsa perlu menghantar beberapa dokumen dan juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan fizikal secara dalam talian.

“Mangsa juga perlu memuat naik gambarnya berpakaian dan tidak berpakaian iaitu video dalam keadaan berbogel.

“Selepas itu, mangsa diminta memasukkan wang RM600 ke dalam satu akaun sebagai wang proses pinjaman dan mangsa mematuhi semua arahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ismail berkata, mangsa kemudian menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengugut akan menyebarkan video bogel yang dihantar jika tidak memasukkan RM1,000 dalam akaun bank yang diberikan.

Katanya, mangsa yang menyedari ditipu kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada Ahad lalu sebelum lelaki berkenaan yang berusia 30 tahun berjaya diberkas semalam untuk siasatan lanjut.

“Sebuah telefon bimbit dan kad ATM dirampas. Polis juga yakin berjaya menyelesaikan dua kes peras ugut dengan penahanan suspek yang menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.

Katanya, polis sedang membuat permohonan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER