Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Banjir Paksa Pakistan Lindungi Stesen Jana Kuasa Daripada Tenggelam

Kongsikan Artikel Ini

DADU, 13 Sep – Pihak berkuasa Pakistan bertungkus lumus melindungi stesen jana kuasa penting yang membekalkan elektrik kepada jutaan penduduk daripada tenggelam di tengah-tengah ancaman banjir yang semakin buruk.

Pihak berkuasa memaklumkan, antara langkah diambil termasuklah membina benteng di hadapan stesen terbabit.

Banjir akibat hujan monsun dan pencairan glasier di utara pergunungan Himalaya menjejaskan 33 juta orang dan meragut hampir 1,400 nyawa, menghanyutkan rumah, jalan raya, kereta api, ternakan dan tanaman, dengan kerugian dianggar berjumlah AS$30 bilion.

Pihak kerajaan bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres masing-masing menyatakan perubahan iklim sebagai punca kepada cuaca ekstrem, mencetus banjir dan menenggelamkan hampir satu pertiga daripada negara dengan penduduk berjumlah 220 juta itu.

Stesen elektrik di daerah Dadu di wilayah selatan Sindh, salah satu kawasan paling teruk terjejas di negara itu, membekalkan kuasa ke enam daerah wilayah.

Berdasarkan lawatan ke tapak stesen itu semalam, pasukan tentera sedang sibuk mengukuhkan benteng yang dibina di hadapan stesen.

“Semua langkah pencegahan sudah diambil untuk menyelamatkan grid jika berlaku banjir,” kata pegawai tinggi daerah, Syed Murtaza Ali Shah kepada REUTERS, hari ini.

Ternakan bergerak ke lokasi lebih tinggi di kawasan Jamshoro, wilayah Sindh. – EPA
Ternakan bergerak ke lokasi lebih tinggi di kawasan Jamshoro, wilayah Sindh. – EPA
Kenyataan itu susulan arahan Perdana Menteri, Shehbaz Sharif, yang dilaporkan stesen penyiar negara, Radio Pakistan, bagi memastikan stesen jana kuasa 500kV itu tidak ditenggelami air.

Agensi PBB sudah memulakan kerja untuk menilai keperluan pembinaan semula negara Asia Selatan itu selepas ia menerima 391 milimeter (mm) hujan atau hampir 190 peratus lebih daripada purata 30 tahun, pada Julai dan Ogos lalu.

Sindh menerima 466 peratus lebih banyak hujan berbanding purata dan semua air banjir melalui Dadu, sebuah daerah dengan populasi 1.5 juta orang.

– REUTERS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER